Wednesday, December 12, 2012

good advices for me n maybe for u too :)

bismilahirahmanirrahim

lama dah sebenarnya nak menulis... aku br je masuk cycle br which is cycle infectious, epi n PSM.  cycle lepas menyaksikan pelbagai emosi yang bergejolak, bergelojak ( yg mana betul entah) dalam sanubari aku.  yup iman turun dan naik.  tapi almost all the time iman tu turun ah..

masa berlalu pantas arini dah 12.12.12. konon2 nya tarikh keramat utk org yang nak bina mahligai n nak runtuhkan mahligai juga ( sbb td ada tertgk tajuk berita berapa ramai org cerai 12.12.12).

banyak je bende masa bulan nov tu aku nak kongsikan especially pasal bende2 psychiatry tp hold dulu lah.. ada bende lebih mengexcitedkan aku nie.. huhu

td one of my best friend ever (dunia wal akhirat) share satu video nouman pasal  working together.  sangat cool . korg leh access kat link nie http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=W-C81CwEYwo#!

point2 yang aku rasa amat menarik yang sempat otak aku yang agak semput skrg nie tangkap ialah:

1. actually spreading the words of Allah ( atau senang cerita dakwah) is a part of islam and it is proved by surah asr where we need to berpesan2 kepada al haq dan kesabaran.. nouman said it must involve people,  sebab kalau tak nk pesan kat sapa dinding?

2. if we meet a group of people who claimed that they practicing islam but their way of practicing islam are different from us, it is doesn't mean they are wrong.  we need to respect them because they also do good things.

3.  the golden rule in working together is 5:2 .   Allah said we need to seriously help each other in doing any good thing and then we need to remind ourselves about taqwa. and when we do bad things, don do it in a group.

4.  we are not loyal to work of organization buat we are loyal to word of Allah

5.  what we do to others actually will benefit us too, if others are benefited from it so it must be from Allah

6.  what should motive us to do all these work, it must be Allah

sorry for my broken english.. tp nak tulis gak dlm english sebab talk ni in english.

hope Allah will give me strength n passionate to do what i do right now.. save me and my family from the hellfire..

Saturday, November 17, 2012

*_&

november sudahhhh

bismilahirahmaniraahim...

lately aku suka jer post bende kat fb.. br perasan rasa nak menulis tu datang lagi.  yer blog nie dah lama aku tinggalkan.  mungkin baru menerima pengisian Al Qalam menarik kembali jari jemari aku utk menari atas keyboard nie.  '

aku selesa begini, guna ayat sempoi, kadang berbahas-basi walau aku tau hakikatnya habis punah ranah bahasa yang ada sebab main guna jer.  

Dan ya, minggu nie juga menyaksikan fasa iman aku yang naik dan turun ( lebih byk turun dr naik), palestin diserang secara besar besaran oleh zionis laknatullah ( mari kita panjatkan doa , semoga Allah kuatkan mereka dan kita utk hadapi bende nie) , mulutku berkeluh kesah

dan ya minggu ini jugak, keserabutan dalam  pelajaran dtg kembali.   Konflik pembelajaran di bumi soviet yang sentiasa tidak memberikan hak sepatutnya kepada kami, kembali menyerang otak pemikiranku.. rasa hampa dengan diri, rasa kecewa dengan sistem universiti kami yang gilakan duit semata.  

study, dakwah, tarbiyah.. ingin saja aku lumatkan  kalian dalam blender, biar bercampur sebati supaya aku tak keliru yang mana perlu diutamakan kerana kedua2 penting buatku

ya, aku telah memilih tk lama dahulu utk berjalan di atas jalan para nabi.. aku lihat disekeliling ku , ada yang sudah melaju, ada yang sudah berhenti berehat seketika di R & R,  ada yang sudah mengsetkan ini saja limitku, batasku dalam jalan ini.. AKU pula masih terus berjalan  namun disudut tepi memerhati utk memilih mana yang hendak aku ikuti..

dan aku mahu biar masa ya menetukannya.. sedangkan terlalu byk nikmat Allah padaku yang tidak Allah berikan pada org lain.. kata seorg ukhti semua benda yang kita rasa best ke tak best ker tips nya  bersyukur..

merapu2 di ptg hari kala
 furqan sunyi sepi
ku menanti kehadran mereka
yang bw senari mentari
&
yang pelik lagi uniq : nur *_&&

Tuesday, June 19, 2012

andai dapat aku hentikan waktu ini

Allah hu, Allah hu, Allah hu ,

bab kata kak iman, sekiranya boleh nak mintak kat Allah suruh berhentikan waktu, maka inilah waktunya.  waktu apakah itu? sebenarnya tahun nie byk sgt akk2 yang mengenalkan kami pada jalan ini akan pulang berbakti kepada negara tercinta.  ya! kalau boleh kami nak menghentikan waktu ini, saat ini agar mereka tetap bersama kami, mengharungi segala perih jerih, cabaran dan menjadi tmpt kami mengadu, berbincang dan bermuhasabah dalam jalan ini.

namun hakikatnya, kami tak mampu nak suruh Allah berhentikan waktu ini.  ia terus berputar dan berputar dan seorg demi seorg kakak2 meninggalkan kami dengan seribu mcm pesanan agar kami dan mereka tetap tsabat di jalan ini.

sjak dua menjak ni, empangan air mata mudah sekali bocor, menyebabkan kekotoran dimuka hilang dek kandungan nyer yang boleh membersihkan kuman.  sedih mmg sedih.  bahkan terngiang 2 di ingatan kami pertama kali kita bersua, saat makan bersama, saat solat jemaah sama2.  dah aku tau, dia pun tau, bende tu takkan berulang ditempat yang sama dalam keadaan yang sama.

tp aku yakin dan pasti sekiranya kita semua teguh dgn janji pada ilahi, ukhwah ini dpt kita sambungkan, suasana itu dpt kita rasai kembali di syurga nan indah.  pernah bercurhat dgn seorg sis yang dekat di hati, kami nak sgt masuk syurga n kat syurga tu nak minta ngan Allah boleh tak kami nak satu rumah namanya furqan dan ahlinya sebagaimana ahlinya didunia kelak.. boleh solat jemaah sama, makan dulang sama2 , tidur sama2, beriadah sama2.

so sgt2 berharap kita semua mendoakan agar syurga menjadi destinasi terakhir kita.  semoga jarak ini tidak memisahkan kita walaupun mungkin seiring masa berlalu, fokus dan tanggungjawb kita semakin membesar.  namun jadikanlah doa rabitah sebagai pengikat hati, dan doa sbg bukti rindu, semoga kita bersua di syurga...

Ya Allah Aku bersyukur kepadaMu, dikesempatan ini Kau mengenalkan aku dgn mereka, yang membawa aku mengenali diriMu.  Ya Allah tsabatkan lah kami di jalan ini, di jalan mngenal dan menyeru manusia mengenalMu.  Ya Allah perhebatkanlah cnta kami kepadaMu agar dgn cinta ini, kami mendapat cinta org2 yang mencintaiMu.  Suburkan hati kami agar jalan juang ini ya Allah.  temukanlah kami semua di syurgamu kelak.. jgn ada yg tercicir walau seorg pun dr kami.  pelihara diri kami dari kemurkaanMu yaAllah, limpahkan kami rahmatMu ya Allah, semoga dgn rahmat ini membawa kami ke syurgaMU.  amin ya rab..

p/s : tgh berdebar sambil menunggu gate bukak.  semoga kepulangan kali ini ada ertinya.. doakan sy :)

Saturday, May 26, 2012

AKU CINTA KALIAN

subhanallah, alhamdulilah, allahuakhbar!!

ingin aku jeritkan pada dunia yang aku ni dikelilingi ngan akhwats yg sgt best, superb best.. huuhuhu.. rasa nak nangis pun ada, mengenangkan yang kita akan berpisah suatu hari nanti.. tp itulah kenyataan( moga di syurga Allah kita ketemu lagi, makan dulang sma2, tidur smaa2, berdaurah sma2, jaulah sama2).  dan satu kenyataan yang lagi macho adalah mereka adalah kurniaan Allah yg tak ternilai pada aku di sepanjang jalan ini.

yup aku cinta dan kasih pada mereka.  dgrlah wahai sisters ku diluar sana, hati kecil ini menjerit, AKU CINTA DAN KASIH KALIAN KERANA ALLAH..

sungguh bumi moscow yang silih berganti suhunya kejap sejuk kejap panas ini, telah menemukan aku dgn sosok manusia yang supersaya.  semuanya aku temui di atas jalan yang panjang ditaburi duri dan banyak kena fikir nie.  walaupun setiap dr sister tu sgt2 berbeza.  ada yang kerjanya mengusik org jer, ada kerjanya membebel jer, ada kerjanya menceriakan org saat kusut memikirkan stratergi2 (bunyi cm ape tah), ada yang idea dia subhanllah hebatnyer, ada yg pandai sgt melukis time usrah tu dok lukis atas kulit pisang lah, ada yang senyum jer kerja dia, ada yang kusut jer semua barang dia asyik hilang jer..

tapi setiap dr mereka bw something dalam hidup aku.. bila dikenang2 saat indah kita bersama aku boleh tersenyum sorg2 dan org blh kata gila aper?.  tp aku akan katakan kau tk alami apa yg aku alami.  kami ibarat satu gambar puzzle dan setiap kami adalah kepingan puzzle yang melengkapi each other.  selalunya satu gambar puzzle akan ada satu main picture.  contohnya gambar rumah.  so dekat sekeliling rumah tu ada lah rumput, tanah sikit kan.  tp setiap kepingan puzzle tu tetap penting even ia hanya lah kepingan puzzle yang mengandungi rumput dan tanah.  sebab tanpa puzzle kat tepi tu gambar puzzle takkan lengakap jugak.  so kita semua actually top up each other.  bestkan konsep tu.

yup kita berganding bahu utk menegakkan kalimah Allah nie ( berat walaupun sempoi bunyinyer).  kita berganding bahu membina umat , membawa mereka dr penyembahan entah pape kepada penyembahan tuhan yang esa.  tnpa jalan ini pasti aku tkkan kenal mereka.

ya dulu aku selalu sgt rasa x best sbb rasa macam join awal sgt tarbiyah nie.  tp alhamdulilah sekrang rasa menghargainya n harp sgt Allah pilih aku utk mendiami syurgaNya yang superb best.  teringat time usrah aritu tu kitaorg buat tafsir mutaffin.  dalam mutaffin ckp ahli2 syurga akan duduk atas dipan2 dan melepaskan pandangan.  kata kak usrahku ibarat dalam kereta bila ayah kita kata " pandang kat luar tu ada biri2" mesti kita kena berusaha angkat sikit badan kita and jenggukan kepala kita utk tgk biri2 tu ( boleh bayang tak?) tapi ahli syurga nie tak yah pun nak bangkit dr zon selesa tu utk tgk bende2 best.  mereka dpt tgk dr dipan2 tu jer tp perlu usaha.  sbb utk masuk syurga tu pun mereka dah bayar nilai yg mahal..

betskan!! memikirkan syurga selalu buat aku rasa hepi.  walaupun hakikatnya sekarang ada jer iman turun naik.  kejap rasa semangat , kejap asa malas.. tapi itulah kita manusia tak pernah sempurna sbb tu kita perlukan DIA.

so dikesempatan ini aku nak ckp jazakillah hu khairan khatira kepada sister2 yang sentiasa bg support, ceriakan, terima dan sentiasa doakan diri yang hina ini.  semoga Allah meneguhkan ukhwah kita dan disyurga lah temu janji kita seterusnya.  walaupun ada yang bakal balik utk bfg, ada yg bakal melangsungkan walimah, ada yg dah pindah, tapi kalian semua tetap di hati dan insyAllah diusahakan dlm doa aku.

hanya Allah tmpt pergantungan kita semua ^__^

Sunday, May 13, 2012

an nakbah-memperingati malapetaka palestin

assalamualaikum w.b.t

ya Allah ya fatah...

alhamdulillah3x, aku br jer balik dr embassy.  yup hari nie AZAM russia moscow chapter telah menganjurkan hari memperingati an nakbah bertempat di kedutaan besar Malaysia di Jalan Mosfilm.

korg semua tau tak apa tu an nakbah.. dulu aku before tk join tarbiyah mmg tk pernah dgr nama nakbah nie.. pastu slow2 aku mula mnegenali apa itu nakbah dan peristiwa2 disebalik, sekitar, dalam dan luar mengapa boleh wujudkan hari an nakbah nie.

mari aku cerita sikit, maklumlah apa yg kita dapat kita kena kongsikan kot! Bab kata junjungan besar kita Nabi Muhammad s.w.t sampaikan walau satu ayat.  an nakbah nie merupakan hari memperingati malapetaka yang menimpa umat islam seluruhnya bilamana tanah kita iaitu palestin telah dirampas oleh zionis.  pada tanggal 15 mei 1948 perdana menteri pertama israel, david telah menurukan bendera union jack dan menaikkan bendera israel.  maka secara rasminya negara haram israel telah dibina oleh zionis laknatullah

selama 64 tahun negara haram ini berdiri di bumi palestin bumi yang Allah berkati sebagaiman ternyatanya dalam al quran surah isra ayat pertama.  betapa berharganya tanah ini buat kita umat islam kerana terdapatnya masjidil aqsa didalamnya yang merupakan qiblat pertama umat islam sebelum kaabah di tanah haram mekah al mukarammah.  ketika ini palestin yang hanya tinggal beberapa kerat saja lagi manakala hampir keseluruh tanah palestin yang asal telah dijajah oleh zionis

betapa jahatnya zionis nie mereka telah menjadikan tanah paestin sebagai penjara terbesar di dunia.  kerakusan mereka mengambil darah2 dan air mata rakyat palestin dengan cara yang keji dan pengecut telah mennaikan isu kemanusia kepada segelintir masyarakat dunia sama ada menganuti islam atau tidak.  malulah kita sekiranya kita tidak berada dalam kelompok org yang mengecam penjajahan ini sedangkan rachel corrie sanggup dilanggar bulldozer semata2 ingin mempertahankan bumi palestin walaupun dia bukanlah seorg islam.  malulah kita sekiranya kita turut menyumbang dalam membelikan peluru2 yang menenbusi saudara2 kita di sana dengan membeli barang-barangan hasil produk yahudi.

sedarlah wahai diri, kawan dan teman, akan isu palestin ini bukan satu isu kemanusian semata2 bahkan lebih daripada itu.  ialahisu aqidah dan keimanan kita pada Allah yang Maha esa.  sungguh kehadiran ku ke kedutaan ari nie insyAllah adalah satu jihad utk lebih mengenali dan menanamkan cinta dihati ini akan tanah itu.  ia milik kita dan selamanya milik kita..

dan yang excited sgt tadi sbb masuk quiz yang tak semena-menanya kena jad bidang terjun.  walaupun tidak menjadi juara tapi aser eruja sgt and lebih buat diri sedar ilmu ttg palestin masih lagi kurang.  tp takpe insyAllah usaha kita yang sedikit ni kita doakan Allah mengiranya.  huhu actually nak cerita pengalaman hari nie.

tadi aku bersikap agak kebudakan sebab masa runnging man takleh main coz tak cukup tag nama,  huhu dah lama tak main sbb Allahbagi aku posisi lain.  so aser down sgt.  aku pun tak faham sgt kenapa aku macam layan jer perasaan hati yang keciwa.  serious macam budak kecik.

tapi allah takdirkan org yang sepatutnya mewakili group campuran apartment n hostel non permanent tak dtg so diorg suh aku ganti.  memula cam cuak gila sbb huhu sedar jer x tau sgt pasal palestin.. tp ALlah tahu jer aku akan down n dia selalu cheer aku balik.  dgn menjadi peserta kuiz.  teringat zaman mrsm lowe form mewakili zon hulu perak ke negeri utk kuiz sejarah.  haha pengalamn yang sgt best...

huhu bila kita pikir setiap hari n setiap saat Allah sediakan sesuatu utk kita.  kita pasti akan sgt teruja utk hadapi hari2 dalam hidup kita.  sbb tuhan tidak pernah melupakan janji nya.. ( surah qasas ckp bende nie).
and apa yg best arini jugak adalah first time Azam wak flash mob yang sgt menyentuh hati.  moga2 hati yang dah disentuh Allah tadi akan sentiasa tersentuh dgn isu ummah ini.

Alluhakhbar3x.  walililham ^__^

Wednesday, May 9, 2012

no such word "aku adalah aku" huu scary

assalamualaikum w.b.t

kalau dulu aku pilih nama segi tuk blog nie dan sekarang aku pilih menjadi diriku.  haha kenapa tukar n rupa2nyer ramai gak tk tahu siapa aku.  bgslah memang nak merahsiakan identiti pun.  blog nie di buat dulu pun atas tujuan utk merasa nikmat yang Allah beri pada penulis2 blog.  tp sekarang ia more kepada perjalanan hidup aku di tanah gersang moscow ni hah.

hari tu aku baca buku khowatir quran by amr khaled dalam tu byk cerita susunan ayat kenapa cmtu, knp nama surah nie cmnie, apa cerita disebalik ayat2 tersebut.  best sgt.. huhu .  apa yg aku agak terkesan ialah bila dalam surah al araf, Allah bagi byk sgt cerita nabi2 terdahulu, Nabi Hud, Nabi Soleh.bagaimana mereka nie mndpt ujian dan kemudiannya Allah memberi pertolongan dan menyempurnakan iman mereka.  boleh kot go through ayat2 surat al araf sendiri.  huhu

waktu tu realise yup utk kita mencapai kesempurnaan iman n utk dpt kemenangan n rasa kemanisan iman tu perlu pengorbanan.  actually in our everyday life kita buat pengorbanan jer cuma kita x sedar sebab dah routine.  contohnya dalam bilik kita if ada kawan kita bising kita tak tegur pun dia sbb kita tak nak2 suasana x harmoni dlm hidup .  even nak masak kita berkorban bagi kawan kita guna dulu kuali .. haha pelik gak lah contoh nie tp layan jelah ek.. or if nak maen volley kita akan sampai lebam2 tapi kita suka kan if dapat main.

so mmg in the world kita kena berkorban br kita dpt capai tahap yang best tue.. huhu sebab tu sahabat2 nabi byk jer berkorban tp makin byk diorg korban makin diorg rasa syok n diorg nk sgt berlumba2 utk berkorban ( which is sy pun tak merasa lagi bende nie).

n dalam banyak2 mende yang kita nk berkorban, ada akk tu citer berkorban perasaan lah paling susah.. sebab kalau duit dah lah ada scholar n kalau masa oklah bolehlah peruntukkan lagi tp perasaan utk taat, utk dgr n buat tanpa rebel, tnpa "aku adalah aku" mmg susahkan nak dicapai.  actually antara kita n hati kita upa-upanya ada Allah yang membatasi .  so takdelah istilahh "aku adalah aku".  aku dilahirkan cmnie, tkleh ubah dah.  padahal kita kena ikut acuan Allah hhuhu and bende tu perlukan cinta kot!!!

so sekarang nie aim utk semai cinta ngan Allah supaya bila buat sesuatu takdelah aku rasa penat or apa ker sbb cinta nyer power fuhh terbaik ah!!

walaupun x pasti korg faham ker tk.. aku tak kisah sbb ini cerita aku n apa yang aku nak jadi.  korg pulak cmne?



Sunday, April 22, 2012

pictures describe situations


 salam masa hitler birthday aritu , ada seorg kakak nie comment dkt post kitaorg ckp dia nk wak cookies utk cookies monster hehee.. n ini hasilnyer by kakak nie....... cookies ... suka sgt!!








 wiggly n rhino pun menikmati ukhwah mereka dgn cookies kak skema ..siap dating lagi
 strolling with my sisters dkt gori, jzkk korg
  one happy family enjoying their evening near the river
 berhenti n refleksi diri
kemudian  bergerak utk menuju matlamat



hidup ini indah n kita kena hargai apa yg kita ada n apa yg kita tidak ada.  walaupun kita kadang2 tak faham knp ia jadi begini dan begitu tp Allah maha mengatur lagi maha mengetahui.. dr hati sy ^__^



Friday, April 20, 2012

kisah dulu

assalamualaikum w.b.t

hari ni aku dpt cuti, cuti free hehe. maklumlah sbb hari ni birthday pak cik kentot tu yang misai pendek tp telah berjaya mengegarkan dunia dgn ideologinyer. yup today is hitler's birthday. knp pulak bila hitler nyer hari jadi kami dapat cuti? kisahnya senang jer sbb diorg nak wak cuti lebih utk student foreigner mcm kami hihi!

ok cukup!

dah lama aku nk citer satu bende. it happen along time ago in my life. tp perkara tu yg bentuk aku skrg. siapa diri aku.

dulu mula2 sampai russia aku teperangkap dlm kelompok manusia yg suka membawa manusia lain mengenal tuhan mereka ( baguslah kan?korg rasa?). so kami digroupkan dalam kelompok kecil dan setiap kelompok kecil nie ada lah seorg kakak yang lead. kelompok kecil nie lebih dikenali sbg usrah. USRAh ni femus kot skrg kat mne2 negara pun ada. x kiralah kat egypt, rusia, uk-eire, jepun maupun us.

so waktu aku first year aku dibawah usrah kakak TP (tegas n penyayang) . waktu tu usrah kitaorg ada 3 org jer. aku , mamie monster, kak cup cakes. so mcm best lah walaupun aku suka rebel2 hihi. sbb apa yg dibincangkan dlm usrah selalu buat kita kena bergerak, buat kita penasaran, buat kita gelisah, buat kita kena berfikir, meninggalkan, buat bende baru. tp sepanjang perjalanan aku nk jadi diri aku sendiri yg insyAllah adalah perubahan sikit dr dulu kot ...(huhu tkt nyer mengaku diri sendiri), kak TP selalu support aku.

walaupun dia suka sgt bersikap tegas. tkleh buat bende tu,bende nie, tp at the same time dia sgtlah penyayang( haha boleh puji sbb dia dh x tau blog nie masih berfungsi) haha dulu dia suka stalk blog aku sbb kawan dia pernah citer, akk nampak kak TP selalu tgh blog SEGI... kantoi hihi...

dan dia sgt care pasal kitaorg ( ke aku perasaan hhmmm). dia selalu sleepover ngan kitaorg, selalu bwk kitaorg jalan ziarah , belanja makan aiskrim, belikan printer, bagi karpet, bagi buku utk dibaca dan selalu pinjamkan bahu nk dgr masalah kitaorg. eventhough dia byk jer masalah lain nak kater. dan aku rasa mcm rapat n syg sgt dekat akk nie. maklumlah kitaorg rupanya ada kisah hidup yg lebih kurg sm. aser mcm saling memahami.. so boleh dikatakan aku sgt syg dkt dia . maklumlah jauh kot dr family. so aku anggap dia mcm kakak aku ah...

dan dia adalah org yang bertanggungjawab mengenalkan aku pada tuhan aku, dan tuhan kamu jugak. dan bg contoh kat aku mcm mana nak buat D&T, kenalkan aku pada jalan hidup yang insyAllah kalau kita betul2 buat akan menyampaikan kita kepada syurga yg bestnya tak terkata.. boleh bukak surat waqiaah hehe..

(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; (15) Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. (16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; (17)Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, (20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. (21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (23) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. (24) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; (25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain).. bestkan!!!

tapi bulan 4 thn 2010 akk nie telah serahkan aku pada kelompok usrah lain. waktu tu aser huhu sgt sedih sbb kami dok berbeza lokaliti. yang memakan masa 1 jam utk sampai. lepas tu dia dah year 4 kot time tu aku lak br dak2 nd year. makanya kami jarang jumpa kecuali diusrah. waktu tu aser mcm ah malas lah nak g usrah. sbb dah x best. tp waktu tu aku still usrah ngan mamie monster. so kurang lah skit rasa sedih tu.

bila aku masuk 3rd year which is bulan 9 tahun yg sma, momie monster lak kena tukar usrah. dia join usrah kakak lembut. time tu aku rasa macam, teruk giler. stress tension. mungkin sbb aku nie dulu suka bergantung kat org. kalau nk tau, momie monster nie adalah roomate aku dr 1st year smpai 3rd year. huhu lama tu, dia pun dah naik annoy ngan aku. org selalu kata hubungan kitaorg nie pelik sgt! kejap mcm mesra kejap macma anjing n kucing. aku pun confius tapi aku syg lah kat momie monster nie.

lepas tu waktu first sem 3 rd year tu aku sgt kusut ah. perangai buruk aku bila aku marah ngan org aku x leh nak ckp ngan org tu. so basically taun 2010 autumn tu aku asyik mencuka jelah dgn si momie monster nie. aku rasa dia bersalah sbb tukar usrah. dia tinggalkan aku sorg2 kat usrah yg aku tak kenal sgt pun sapa kat dlm tu. mmg chronic ah time tu tp aku jelah yg dok luka dalam sorg2. si momie monster dgn selamber nyer makan mamee dgn tng.

and now already 2012. kenapa aku cerita bende nie semua. huhu mengenang kisah lama kah. hhihi kisah nie buat ati aku sebak. sebab aku sgt syg pada dua org ni. tp dalam perjalanan hidup nie Allah tarik sorg2 dr mereka pergi jauh sikit dr hidup aku. tkdelah pergi terus. mereka masih berada disekeliling aku cuma kami dah x sama usrah yang menghidupkan aku. mereka masih berada di sisi aku utk menasihati aku perihal D & T n hidup, masih sudi meminjamkan telinga utk dgr celoteh aku. cuma masa time aku kehilangan diorg at the first time aku rasa mcm ah x best dah nak join D & T.

tp time winter break aritu aku ada baca buku sebening air by amr khaled. dalam tu dia cakap perihal tawakal. dan waktu tu aku kenang balik peristiwa di atas yg sebenarnya Allah sedang ajar pada aku erti tawakal pada Dia. bila mana aku rasa bergantung sgt pd kak TP , Allah ambik dia dr hidup aku. lepas tu aku pautkan pergantungan aku pada momie monster. yelah mengadu kat momie monster lebih dr ngadu kat Allah and tup2 3 bulan lepas tu Allah ambik dia pulak dr hidup aku. Makanya sebenarnya br aku sedar knp Allah buat mcm tu sbb supaya aku put pergantungan aku pada DIa semata2.

mungkin korg tk faham perasaan aku dan x fhm knp aku tulis bende nie. tp suka atilah kan ni blog aku haha.. kasar bunyinya tak ini bunyi macho..^__^. dan kini Allah hadirkan pulak dalam hidup aku seorg akk skema yang selalu dok layan jer perangai pelik aku yg batchmates aku pun dah tak tahan. hihi tp Allah jugak akan bwk pergi akk nie suatu hari nanti.

sekarang Aku lebih mengerti erti tawakal pada Allah.. Allah lah penguasa dan tmpt pergantungan kita. manusia hanyalah dijadikan medium utk kita mengenal dia dgn lebih dalam. aku syg Allah, syg Rasulullah yg dah berhempas pulas sampaikan Islam pada kita semua, syg Mama, Abah, my siblings, furqanese, skolnikian, dan semua lah... hihi belajar buat hati besar JOMMMMMMMMMMMMMmmmm



Monday, April 16, 2012

Apa yg org rasa fake kot!

assalamualaikum w.b.t

hari ni izinkan aku share satu sajak kot dr hasil penulisan salim a fillah.. hmm suka ah sajak nie ..

kerana beda antara kau dan aku sering jadi sengketa
kerana kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
kerana satu kesalahanmu padaku seolah menghapus
sejuta kebaikan yang lalu
wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali:
"jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara"

mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
bertafakur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan diantara bunga, menebar keindahan pada dunia

lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci; sebening prasangka, selembut nurani,
sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh janji.

dalam dekapan ukhwah
Salim.A.Fillah

nak dapat kemanisan ukhwah tu x mudah dan tak susah tinggal kita kena baiki diri dan terima org lain. aku juga masih terus belajar cuma kekadang dlm proses pembelajaran nie aku tersungkur dan lambat nk bgn, sbb tgh kumpul kekuatan nk bgn nie..

kekuatan IM tu ada pada aqidah dan ukhwah so mestilah besar peranan ukhwah kat sni? don't u think so?

Monday, January 23, 2012

Kembara ku di bumi tuhan day 1 pt2


4,35 ptg di udara uk

Alhamdulilah sudah hampir ke destinasi pertama. Semoga Allah memudahkan perjalanan kami. Mengimbas kembali suasana di riga tadi, berlaku sedekit masalah dgn bag kami. Namun atas keramahAn pak cik imigresen riga, latvia, kami berjaya mengharungi ujian tersebut walaupun aku hampir nk breakdown jugaklah. Maklumlah kali ni pun terpaksa tergesa2 mengejar flight ke london.

Lebih kurang jam 12 tgh hari kami tiba di lapangan terbang london gatwick. Tekak memang terasa haus sekali. Al maklumlah dalam flight td tak disediakan makanan atau minuman free.

Selepas menunaikan solat jamak qasar zohor asar berhampiran tempat mengambil beg( islam dimana2) kami mula mencari derpature hall utk ke dublin pulak

Yup percaya atau tidak dlm masa x sampai 12 jam kami check in selama 4 kali. Berapa kali lalu scurity , buka kt, cabut jam tangan, dipegang2 oleh tukang jaga security. Tp sgt bersyukur shb bumi london nie org dia ramah2 dan bermuka manis tidak seperti bumi yang aku tempati.. Hihi boleh ker nak salahkan persekitaran if kami pelajar moscow macam masam jer..

Selepas selesai check in, kami sempat menjamu selera. Maklumlah semua dah lapar. Bekalan dari rumah yabg kami bawa mula kami keluarkan. Satu persatu sampai licin. Sgt dinasihatkan utk membawa bekal sbb harga barangan agak mahal utk org yang tinggal di russia seperti kami.

Makan punya makan, perut pun sudah kenyang hati pun riang, kami menyeret bag ke pintu yang ditetapkan. Kala nie kami mengambil langkah berjaga2 dengAn masuk awal . Takutlah tersekat dekat mana2 security jenuh nak belari m cm pagi tadi.

Selepas menunggu selama 40 minit kami ke gate 14, menaiki kapal terbang ryan air dan kini diudara. Bumi london tidak sesejuk bumi cinta kami. Yup only 10 degrees. I enjoyed the weather.

Td masa nak masuk gate aku jalan dgn Kak H. Hehe aim kali nie utk kenal lebih rapat peserta jaulah uk. Sesungguhnya perjalanan kami awl2 lag telah diuji oleh Allah.

Masa lalu security, hati aku fiir mcm nie lah kot ek kt akhirat. Mula2 alam barzakh . Kalau start dah ada problem, dah kena seksa nauzubillahlah. Lepas tu pdg masyar, titian sirat.

Check point2 yang harus dilalui sblm sampai ke destinasi terakhir. Ingatlah Allah byk2 bukan tme ssah jer.. Huhu pesanan diri sendiri..

Peace :)))

To be continued

Saturday, January 21, 2012

Kembara ku di bumi Allah

20/01/2012

Journey ku bermula...

Seawal jam 2,30 pagi aku dikejutkan oleh air dari shower. Hari ini kami akan memulakan perjalanan jaulah kami ke bumi uk-eire. Dirasakan masa berlalu dngan pantas yelah aritu br jer habis kelas n now i am ready to fly. Alhamdulilah urusN berpindah ke rumah baru pun dah selesai..

Tepat jam 5,30 pg kami keluar dr rumah. Diiringi dgn bacaan doa musafir dr radzlin kami mengagahkan kaki mengharungi kesejukan pagi dan musim sejuk yang baru mula nak menyengat. Aku memilih utk berpakaian nipis sahaja . Tapi disaat ini rasa mcm perlu pakai buble lak huhu..

Lebih kurang jam 7,35 pagi kami tiba di lapangan terbang sheremtovo terminal E. mula mencari kaunter utk check in. MemandAngkan kali ini kami menaiki air baltic , airlines ini menghadkan cabin lugagge hanya kpada 8 kg dan size yang kecil. Alhamdulilah di check point pertama semua melepasi. Selepas menjamu selera dan sola subuh kami mula bergerak ke imigresen

Inilah saat yg. MEndebarkan bagi pelajar seperti aku dan kawan2 ku. Hanya siapa yang pernah melalui nyer merasainnyer. Imigresen russia sgt ketat dan melecehkan. Bila sampai sahaja dia depan muka pak cik imigresen, aku menghulurkan pasport merahmu itu. Sejurus itu pak cik tersebut mula membelek2 helaian- helaian didalam pasport ku.

Oklah itu masih prosedur biasa. Belum sampai kemuncak lagi. Tanpa disedari seorg kakak seniorku memanggil ku. Dia memberitahu bahawasanya pasport dia ditahan oleh abg imigresen sebelah. Ooo aku sudah menjangkau akan berlaku tragedi sebentar nanti

Sangkaan ku benar, ketujuh2 paspor ditahan. Bukan itu sahaja pasport dua org mamat bermuka asia, memakai baju sama bewarna merah, membawa beg hiking turut ditahan.

Maka kami mula mmbuat bulatan ala2 nak usrah. Semua org mula sharing cerita masing2 dgn pak cik imigresen. Sampai begitu sekali penangan pak cik imigresen huhu. Sedar tak sedar masa tinggal setengah jam..

Aku mula cuak 2. Tp masih belum merasakan getaran cuak. Everything would be fine. InsyAllah. Cakap2 jap mata aku mula melilau meihat jam tangan albaku berwarna putih itu. Ada sedikit calar namun tidak menghalang utk aku melihat waktu. Jam menunjukkan pukul 9,35 . Hanya tinygal 25 minute sebelum berlepas.

Aku terus memandang kak ain selaku pic jaulah uk. Muka kak ain turut mennjukkan yang dia bimbang akan keadaan ini namun cuba dicover didepan adik2 ya g tercinta. Kawanku mi mula mundar mandi. Shi sudAh terduduk di tepi beg lugaggenyer, lin pulak dlm keadaan tidak stabil akibat masalah yang dialaminya.

Kak fina dan kak husna juga mula berkerut. Disebabkan perangaiku yang agak tak sabar aku pun mendekati kaunter pak cik imigresen dan mula menjenguk.

Dua mamat bermuka asia urut disitu. Maka aku tnya kepada mereka, kena tahan jugak ker? Aa! Sebnarnya dah tau saja tanya . Lepas tu aku tanya lagi pelajar ker ? Tak kami transit jer.

Mendengar jawapan dia aku mula memadamkan andaian ku bahawa imigresen menahan pelajar muslim seperti kami. Yelah tkut kami bom. Mmg ada bwak tp bom angin jelah..
:p

Lepas tu aku tnya dekat pak cok imgresen. Gde nasha pasport ( dimana pasport kami?) vremeni uzhe nyet! ( masa dah singkat ne!) pa bistrie pazhalusta ( tolong cpt sikit)

P. cik imgresen mengatakan byw tunggu jelah. Buat hati kecilku rasa nak masuk je tempat dia duduk dan check sendiri. Banyak kali jugaklah aku buat adegan itu.

Jam menunjukkkan pukul 9,45 ! Oppps sempat ker kami nie ya Allah. Waktu tue aku tanya kak husna, kalau rasulullah ditempat kita rasulullah saw. Buat apa? Kak husna jawab istighfar.

The. Aku cuba buat apa yang kak husna bagitau alhamdulilah berkesan. Masa tinggal 10 m. Akhirnya pak cik hulur satu pasport dr kaunternyer dan itu pasport aku. Kak husna suruh aku kejar flight and ask them to wait for others. Dahlah dekat securith check in ramai org. Aku menyelinap dlm keramaian org utk kedepa . Aku bgtau flight sy sepuluh minit jer lagi dlm bhs rusia y g tergagAp- gagap.

Lepas security check in, aku n mi berlari pecut menuju gate 35. Naik escalator , lari sampai ujng bangunan. Aku time lelari tu ada rasa nak muntah. Nasib baek antara kami semua tkde asma. Alhamdulilah.

Kami buat adegan larian ecut dalam airport. Dah tk toleh kiri kana trus pandang depan jer . Tp dlm hati time tu ish sempat ker?

Alhamdulilah puji- pujian hanya utk Allah kami sempat berlari dgn kelajuan kuda tua, kami berjaya smpai ke depan pintu kapal terbang. Aku menunjkN tiket ku dengan kalut kepada cik stewardess.

Waktu tu mmg dngn jaket, buku kt tngan. Pastu cik stewardess kata nak letak beg kitaorg kt bwh. Dgn tercungap2 kami ambil brg penting sbb tkt ada yang pecah bila letak kargo. Adalah lima minit kt depan pintu kapal terbang tu.

Dgn tiket aku hilang, aku bergerak ke tmpt duduk. Br time th mi sedar dia nyer ipod dlm beg. Dia tnya aku, eh ko aku nyer ipod dlm beg cmne? Muka penuh kecuakan. Akucakap, g ambik!!! Pastu nk bangun cik stewardess lAlu. Kami terus bgtau berita tergenpar itu.

Cik stewardess kt tkleh ambik dah sbb dah ltk kt cargo. Waktu tu mi start nak titiskan air suci. Cik stewardess yg agak sweet cuba menenangkan kami yang masih gugup. Dia pun kata nak air ker? Tp concern kami time tu masih lagi ipod mi. Maka sepepas dipujuk dan diberi Ir kmi mula cool down. Yelah lama dh kot tk lari pecut sejauh itu. Masa dok pushkin dulu selalu buat kejar bus.

Lepas tu br mi sedar rupanya ipod ada dlmbeg. Ini bukan cerita full version sbb letih dh nak taip. Tp macam tu lah roughly permulaan perjalanan kami hari nie. Moga Allah membantu.

Yup lesson nyer pergantungan hanya pada Allah, doalah kt Allah mintk ampun. Ini br ujian pertam masih byk yang menanti. Lahaulawla quwataiila bila hilaliyulazim..

Kalau Allah berkehendak tiada siapa boleh halang.

11.09 pg diudara

Monday, January 16, 2012

taman firdausi sokolniki

assalamualaikum w.b.t

tanggal 17/01/2012 oo.28 a.m

aktiviti mengemas barang2 bermula rancak sejak isyak lagi.. yup akhirnya aku dan kawan2 akan berpindah dr rumah yang paling lama kami duduki sejak berada dibumi salju nie. huhu agak sedih dan sebenarnya hati ini sedang menangis jugaklah ( jiwang dok?). tapi itulah susunan Allah pada kami. insyAllah 2 dr kami akan ker apartmen dan 3 lagi akan ke hostel.

dulu tanggal 5.09.201o kami mula2 masuk ke rumah ini. masa tu masih berlapan. boleh dikatakan ini adalah rumah pelajar perempuan tajaan mara. haha lawaknya mengenangkan mula2 masuk ker rumah ini. yelah aku dulu tak suka rumah nie tapi dah hampir setahun stgh aku dok umah ini.. rasa sayu dan syg pulak nak tinggalkan ia.

dirumah ini kami hidup bersama2 pernah bertekak, bersuka ria, bermuhasabah dan sebagainya. rindu, aku pasti rindu kenangan dimana kami pernah tinggal di bawah satu bumbung. yelah masak kat dpr sama2, solat jemaah sama2, main snow sesama, keluar skating di park sokolniki, mcm2 lah.

tapi tulah takdir Allah yang takde siapa dpt mengahalangnya. aku sgt2 berharap persahabatan kami takkan putus. yelah kalau dua dr mereka aku boleh jumpa time kelas sebab satu group. tapi seorg dr mereka ni aku satu usrah jer.. moga Allah melindungi mereka dan aku.

oops lupa, mcm mana kami boleh tinggal berlima dr lapan org. meh sini aku ceritakan, moga boleh jadi tatapan bila dah bergelar seorg muslim doktor nanti. hmm mengenang balik kawan aku si A nie dialah mula2 melangkah keluar dr rumah ini. waktu tu sgt sedih jugak tp sedar yang dia keluar atas tuntutan bukan suka-suki. sekarang dia tinggal di hostel tetap di bandarraya moscow.

maka kami tinggal bertujuh. dulu time siA ada kami makan berlima. Si b, C, D, si A ngan aku. tapi sekarang tinggal 4 org jer. E dan F memang suka masak sesama. Si G pulak masak sensorg dia sebb dia x leh cope dgn cara kami kot.


lepas tu si b meninggalkan kami sebab dia dah berkahwin. itu pun pada awal sem 7. waktu tu aku masak ngan si C jelah. si D nak masak sendiri dan yang lain masak meneruskan cara makan yang mereka jalani sebelum ini.

Lepas tu dipertengahan sem, si G pula keluar dr rumah ini. makanya tinggal lah aku, si D, E,F dan Si C. makin sedikit org dalam rumah but still enjoy sebab yang tinggal kami memmg dah duduk lama dah masak perangai masing2. rumah lagi jadi lebih bersih dan teratur. moga ada kadang2 aku bengang jugak bila rumah tak teratur. aser nk marah jer.

tapi bila ngadu kt mak aku selalu mama ckp Allah dah anugerahkan aku kawan yang terbaik utk tutup lubang kelemahan aku. dan sekarang aku sedar kata2 mama memang benar. yup bila kita mula nak kehilangan br kita sedar betapa mereka make up kitanya hidup.

yelah sebab aku pun kena sedarlah aku pun ada tabiat yg susah nak diubah samalah ngan org lain.

aku berharap dan berdoa sgt kat Allah agar hub yang telah dibina selama hampir 4 tahun nie terus mekar bahkan berbunga, harum wangi walaupun kami dah dok jauh. moga Allah terus semaikan benih2 cinta antara kami. huhu syahdunya..

aku syg hampa semua...

Friday, January 6, 2012

HATI KENA BESAR

bismilahirahmanirrahim

hakikat hati tu kalau ikut kartun bentuk mcm <3 ataupun bentuk love ...

hakikat hati tu bukanlah liver

hakikat hati itu juga bukanlah jantung ( heart)

tapi

hakikat hati itu adalah seketul daging

jika baik daging itu maka baik lah jasadnya

cebisan hadis 6 dr 40 hadith iman nawawi:

......Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

maka nasihat seorg mak cik terdesing di telinga ku sangat api kemarahan tercetus disebalik satu insiden .. huhu kata mak cik tu kita kena hati besar kalau salah kena mengaku.. dan aku tau betapa ego dan x ikhlas nyer aku ..hati kena besar .. tp hati aku nie hmm kecik macam lubang cacing.. tu asyek tarik muka..

boleh cepat tue sbb muscle yang digunakan utk senyum lebih sikit dr muscle yang digunakan utk masam mencuka..

yup esok aku akan bermusafir nun ke daerah sana. moga ia jadi satu bende yang boleh membaharui iman, dan diri ini :(



Sunday, January 1, 2012

cari bende lain jumpa bende lain

Seorang pembuat maksiat berkata: "Ya Allah, aku berbuat maksiat tapi hidupku tetap selesa, rezekiku mencurah, keluargaku bahagia. Mengapa Engkau tidak menghukumku?"

Allah menjawab: "Aku telah menarik nikmat kemanisan kau beribadah dan munajat pada-Ku. Itulah bentuk hukumanku padamu." -