Sunday, December 25, 2011

sekembali dr konferens riang

bismilahirahmanirrahim..
salam w.b.t

nampaknya gaya penulisan sy ada melekat sikit dekat blog apg tapi takpelah kan !! jgn marahhh ek!!


yup hari nie ada program di sebuah hostel di satu pekan kecil di moscow.. honestly itulah kehidupan aku sejak beberapa lama nie. aku mula berjinak2 dalam satu bidang yang menguntungkan tapi perlu make effort utk dpt keuntungan di bidang ini..

yang peliknya bidang nie , keuntungan dia tak nampak sekarang tapi akan nampak di satu masa nanti. so aku akan byg mcm2 utk aku motivasikan diri aku yang mudah sgt nak down hehe.. ok apa yang aku bygkan ,

  1. aku bygkan indahnya tempat yang insyAllah, biiznilah aku akan tempati
  2. aku bygkan bunyi duit syiling kat tepi bahu aku ( saham masuk)
  3. aku bygkan dpt makan ladooo dkt tempat tu
  4. aku bygkan, dpt duduk tanpa ckp benda lagha
  5. aku bygkan dapat jumpa dgn pemilik nyawaku
  6. aku bygkan macam2 ada.... ( iklan astro)
tapi tak setiap kali aku berada di bidang nie aku rasa seronok jer. hakikatnya bidang nie buat aku stress kadang2, buat aku letih, buat aku kena berkorban pada minat2 aku , buat aku rasa menyampah dlm memnuat keputusan, buat aku rasa nak muntah dengar ayat2 skema, buat aku nak sedih, bla222

tapi tak setiap kali jugak dalam bidang nie aku rasa sedih dan perasaan negatif yang lain. dengan bidang ini aku mula mngenali erti cinta, kasih sayang, kekuatan, perkongsian, hehe indah .. macam berada di awan- awanan ( bila ko rasa br ko tau? so nak join bidang nie?)

namun hari nie sekembali dr konferesns riang buat aku rasa terharu sedih semacam. tak tau nape.. br aku sedar Allah sgt sayang pada aku. yup sgt sayang!! banyak dah bende Dia bg chance kat aku. Setiap kali aku tolak , setiap kali tu Dia ajak lagi. huhu mmg aku perasan tapi takpelah..

Dan sedarilah wahai teman kat luar tue, Allah jugak sayang korang!! yup sayang! jadi marilah kita sayang diri kita sendiri sbb yang akhirnya menentukan kesudahan hidup kita adalah diri kita sendiri.. kta yang memilih utk mengambil road mna? so pilih jangan tak pilih

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. “ (18:110)