4,35 ptg di udara uk
Alhamdulilah sudah hampir ke destinasi pertama. Semoga Allah memudahkan perjalanan kami. Mengimbas kembali suasana di riga tadi, berlaku sedekit masalah dgn bag kami. Namun atas keramahAn pak cik imigresen riga, latvia, kami berjaya mengharungi ujian tersebut walaupun aku hampir nk breakdown jugaklah. Maklumlah kali ni pun terpaksa tergesa2 mengejar flight ke london.
Lebih kurang jam 12 tgh hari kami tiba di lapangan terbang london gatwick. Tekak memang terasa haus sekali. Al maklumlah dalam flight td tak disediakan makanan atau minuman free.
Selepas menunaikan solat jamak qasar zohor asar berhampiran tempat mengambil beg( islam dimana2) kami mula mencari derpature hall utk ke dublin pulak
Yup percaya atau tidak dlm masa x sampai 12 jam kami check in selama 4 kali. Berapa kali lalu scurity , buka kt, cabut jam tangan, dipegang2 oleh tukang jaga security. Tp sgt bersyukur shb bumi london nie org dia ramah2 dan bermuka manis tidak seperti bumi yang aku tempati.. Hihi boleh ker nak salahkan persekitaran if kami pelajar moscow macam masam jer..
Selepas selesai check in, kami sempat menjamu selera. Maklumlah semua dah lapar. Bekalan dari rumah yabg kami bawa mula kami keluarkan. Satu persatu sampai licin. Sgt dinasihatkan utk membawa bekal sbb harga barangan agak mahal utk org yang tinggal di russia seperti kami.
Makan punya makan, perut pun sudah kenyang hati pun riang, kami menyeret bag ke pintu yang ditetapkan. Kala nie kami mengambil langkah berjaga2 dengAn masuk awal . Takutlah tersekat dekat mana2 security jenuh nak belari m cm pagi tadi.
Selepas menunggu selama 40 minit kami ke gate 14, menaiki kapal terbang ryan air dan kini diudara. Bumi london tidak sesejuk bumi cinta kami. Yup only 10 degrees. I enjoyed the weather.
Td masa nak masuk gate aku jalan dgn Kak H. Hehe aim kali nie utk kenal lebih rapat peserta jaulah uk. Sesungguhnya perjalanan kami awl2 lag telah diuji oleh Allah.
Masa lalu security, hati aku fiir mcm nie lah kot ek kt akhirat. Mula2 alam barzakh . Kalau start dah ada problem, dah kena seksa nauzubillahlah. Lepas tu pdg masyar, titian sirat.
Check point2 yang harus dilalui sblm sampai ke destinasi terakhir. Ingatlah Allah byk2 bukan tme ssah jer.. Huhu pesanan diri sendiri..
Peace :)))
To be continued
No comments:
Post a Comment