Friday, September 6, 2013

2013 p1

assalamualaikum wbt


berlalulah sudah ramadan dan syawal..

tahun 2013 byk meninggal kenangan dlm hidup aku.  walaupun tahun nie tk genap pun lagi 12 bulan, ia cukup memberi pelbagai memori indah dan pahit yg akan aku ingt sampai bila2.

kini aku bergelar pelajar perubatan tahun akhir di sebuah universiti perubatan di tengah kota moscow.  pejam celik pejam celik hampir 6 taun bumi soviet nie aku huni.  bumi yg sejuk dan beku hampir setiap masa, bumi yang tandus dgn kemesraan penduduknya, namun bumi ini jugalah yang menyuburkan rasa cinta dan kasih aku pada Allah, sahabat2 perjuangan dan keluarga nun jauh disana.

summer kali ni lebih bermakna buat diriku.  dapat spend time dgn keluarga.  rasa happy kalau dpt eratkan lagi hubungan kami adik beradik yg jarang2 jumpa.. aku mula nampak hikmah allah beri padaku.  aku mula belajar utk mengharga setiap yang berada disisiku.

setiap kali ada kenangan indah yg terjadi , ingin aku nukilkan di sini. ingin aku rakamkan memori indah ini menjadi satu diary yang aku boleh tatapi suatu saat nnti.  cukuplah gmbr berkata2 bagiku buat kali ini.  aku berdoa semoga tahun kali ini aku lebih bersemgat mencintai allah, mengeratkan hub dgn keluarga tercinta atas dasar iman dan tawqa, menjadi rijal yg lebih bertanggungjawab serta menjadikan blog ini sebaga diary ku.  wlaupun rasa tah pape tp layan jelah ek..

byk sgt memori nk dinukilkan smpai blur.  kalau ada kesempatan ingin aku ceritakannya nnti..