Monday, March 10, 2014

Change my world and change the world

Salam wbt.

Happy Monday...


Aku cuba nk istiqamah menulis kat sini. Hopefully akan menjadi satu bahan sejarah yg buat hati ni tersenyum mahupun air Mata mengalir dek terkenang diri ini yg dulu.

X ternafi setiap hari aku Terfikir nk jadi lebih baik dan lebih baik. Namun seringkali aku tewas dgn hawa nafsuku sendiri.  hari ni aku cuti. Tempias Dr woman day.

Setiap tahun international woman day diraikan pd 8hb bg memperingati peranan wanita dlm masyarakat lah kot. Haha x tahu aku rai. Aku start taHu pun bila bljr kt moscow nie.

Kira inilah kali terakhir aku akan raikan womans day kt bumi moscow nie. Sejarah masa aku first year, Kitaorg buat persembahan nasyid naik second year smpai fifth year X g womans day sbb ada training volley n sbb dah X De womans day diraikan. Ganti ngn aktivitI lain lah kot

Smlm skating rink pun dah tutup. Spring dah dtg and aku akan try abadikan moment seterusnya sbg memory yg indah dlm hidup aku. Dan nak sampai dah tempoh matang aku kt bumi moscow nie. Tempat yg menyaksikan aku Naik dlm tarbiyah kemudian rebel dan terasa ingin tsabat smpai syurga. Semoga daun2 rumput pokok2 bnagunan2 salji2 jadi saksi yg aku sedang dan terus akan mencuba.  Scarry bunyinya

Gos dah nk dekat kena study, plan duit, plan jalan,  plan segala Mcm

Skrg aku Mcm try to selidik potensi diri yg cuba nk dikorek keluar dan digunakan utk ummah. Motto aku change my world change the world. Hohoho


Monday, March 3, 2014

Salam wbt

Haha aku pun dah inspired dgn si ros nk tulis lah journey. Punyalah ckp  Mcm nk tulis buku lah, Nl Hntr publication haha Tp aku X buat Pape pun.Hopefully this is my stepping stone

Tgk gmbr kt fb tu aku realise character aku ni more like org yg unsuccesful sbb suka cerita pasal org, suka salahkan org, susah nk telan kemarahn n etc. Nk je aku uploadkan gmbr tu kt snie tp susah lah pulak nk kena download apps ke bgai

Tulah dah bulan 3 and hnya tiga 3 bln or less . Study pun cikai je aku nie.Adoi punya plan mcm2 dulu tp akhirnya eEntah apa aku buat. Masih lagi dok bc Harrison yg kecik, memain, planning business konon satu habuknpun X De.

Athirah apa ko nk buat arini?

Ok by 8- start study hbskan symptom
10- aku isi ss

Ohoi scarry usrah prepare esok pg nk g kelas Kot?

Hmm aku kena berubah mmg kena berubah.

Nick dah ada idea nk buat apa dgn hidup dia aku? Hmm please wake up Jgn ckp je pandai

Tuesday, December 3, 2013

mixed feeling

salam wbt

semakin lama , semakin membesar dan berkembang d n t di satu2 tempat , semakin byk ragamnya.., begitulah jugak bumi moscow nie, sentiasa ada je qadhaya (perbincgn) baru setiap hari yang membuat kami memerahkan otak dan akal yg allah kurniakan utk cuba menyelesaikannya..

yer, fasa dakwah tu sentiasa berubah dan bersesuaian dgn perubahan fasa, ujian juga makin mencabar iman penggerak2nya. 

itulah yang aku anggap kekadang sebagai rencah memilih jalan ini ( bila iman up lah) , dan nauzubillah bebanan  (bila iman turun). doakanlah bumi moscow nie sentiasa disinari cahaya rahmat allah swt, agar d n t nyer terus berkembang subur, seperti cendawan tumbuh selepas hujan..

kekadang perasaan hati ni bersyukur sgt allah pilih utk terus berada disini, kekadang x rasa pape, kekadang rasa serabut pun ada.  semua tu berubah, berubah mengikut kadar iman dan hubungan kita dgn Allah. kalau sapa kenal aku, aku ni jujur lah orgnya, boleh kata senang nk ckp apa kekuatan dan kelemahan aku pd org. 

tapi satu bende buat aku sentap bila ada seorg ukhti nie tegur dalam satu liqa' kami, katanya biarlah kelemahan kita tu hnya Allah dan kita tahu, dan kita mohon sgt2 Allah baiki dan mend kelemahan kita sebagaimana yg kita sentiasa doa di dalam bacaan duduk antara dua sujud kita tu :




perasaan sayu dah start datang since pejam celik, pejam celik dah bulan december.. maknanya tinggal x smpai 7 bulan lagi aku akan bergelar pelajar .. bila habis je aktiviti bersama akhwat aku akan rasa sayu, dptkah lagi aku berkumpul dgn mereka mcm nie..

inshallah if bukan di sini di dunia yg fana, di syurga yg abadi..kuatkanlah tapak2 kaki kami ya Allah utk terus disini walaupun byknya jahiliyah dan dosa kami.. kalau dulu aku yg melihat mereka pergi meninggalkan bumi yg telah mengtarbiyah kami, tapi kali ni aku pula akan pergi meninggalkan mereka.  x terbayang utk tinggalkan suasana ini.. aku pasti akan rindu suasana ini.. PASTI






mixed feeling betullah aku nyer penulisan nie.. byk betul teguran allah buat aku minggu nie.. antara yg aku tersentap adalah dlm tafsir surah naziat.. bila Allah berfirman..

34.  Maka apabila malapetaka besar ( hari Kiamat ) telah datang,


35.  Yaitu pada hari ( ketika ) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya,

36.  Dan neraka diperlihatkan dengan jelas kepada setiap orang yang melihat.

37.  Maka adapun orang yang melampaui batas,

38.  Dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,

39.  Maka sungguh, nerakalah tempat tinggalnya.

40.  Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari ( keinginan ) hawa nafsunya,

41.  Maka sungguh, surgalah tempat tinglnya.
 
      allah yang menciptakan hawa nafsu,  allah yg tahu substansinya, allah juga yang tahu ubatnya.. kebodohan itu satu benda yg boleh diubati dgn ilmu, tp hawa nafsu perlu diubati dengan perjuangan yang sgt panjang dan mujahadah sgt tinggi..huhu..astaghfirullahalazim..
 
kuatkanlah kami ya Allah... kuatkanlah dan teruslah memilih. ya muqalibalqulub, tsabit qalbi ala dinik wa ta atik.
 
last but not least sebelum lupa.. ni dia kek dr post lepas.. tadaa. dah habis makan, dah keluar balik dah pun :p
 
 

Thursday, November 21, 2013

Tahun INI dalam Sejarah.... part 1

assalamualaikum wbt

Tahun Ini Dalam Sejarah

kenapa aku ckp yg tahun nie dalam sejarah? sbb aku mcm dapat semangat pelik utk baking.    dan hari ni aku cuba buat resepi baru.. tk pernah aku try lagi ^_^.  resepi tersebut dikenali sebagai humming bird cake .  org kata bila kita makan kita akan humms macam bird. boleh refer resepi kt sini.  housemate aku selalu buat kek nie guna resepi ni.  dia penjual kek tersohor di bumi moscow. hehe promoted...

 http://www.marthastewart.com/332435/hummingbird-cake.  



                                                       pic hiasan: tu yg cntik tu huh

tapi hari ni aku tersilap, baking soda dgn baking powder. last sekali  kek aku jadi bantat.  huhuh, sedih jugaklah.  tapi tulah apa yg berlaku itulah yang terbaik. (selalu ayat ni came in my mind) after muka dah tension, berkerut , mengeluh huh! susah betul nk telan kesedihan, kemarahan, dr terpancar di muka aku yg penuh ekspresiasi nie.. lagi2 nk salahkan muka, sian dia x salah apa2 pun.. huhi.

                                           pict sebenar: kek bantat



teringat seorg ukhti yang aku kenali dgn yg ada ciri mcm ibu2. ukhti I ni mmg pandai cover perasaan dia.  smlm kami berliqa; di rumah seorg mak cik embassy kt snie.  pastu ukhti I ni sakit kepala. kalau aku mmg dah sememeh ah muka. pastu sakit kepala dia bukan biasa2 tp mencucuk2 n menyebabkan kepala jd berat. tp dia gagahkan diri . semasa liqa, dia fokus siap boleh senyum dan sgt hebat je nampak walaupun tgh sakit kepala yg dashyat.. kalau aku mmg x ah.. lembik mesti org akan tanya, ok tak ni? penat ker? muka ku seribu jawapan ada. sangat teringin nak jadi mcm ukhti I ni. doakan sy menelan kemarahan, kegusaran dpn madu tapi adukan hnya pada Allah.  mulut yg sentiasa berbicara (talkative) memang akan mnyakitkan tuannya kalau bicara nyer x baik dan tah pape..

 berbalik cerita kek aku, ok




                                                        pict sebenar: second part adunan


alhamdulillah lah aku separatekan satu doh tu.  so the next doh tu aku cmpr baking soda.. so jadilah yg second part tu.. huhu

 
                                             pict sebenar:  kembang sedikit ^_^

so inilah hasil lepas aku dah add baking soda ^__^. tp sepatutnya nk gabung dua kek ni jadi satu utk tingikan dia tp tkpelah jadilah dia kek humming bird yang terbantut.  jgn terbantut dalam tarbiyah sudah.. huh doakan aku teman2..


berbual pasal tarbiyah tadi aku ada contact adik aku.. yang nie mmg aku selalu call n bercerita.  dia pun suka bg nasihat kat aku , and aku mcm alhamdulillah boleh terima gaklah nasihat dia.  adik aku ni budak DQ. alhamdulillah allah bg nikmat adik aku merasa duduk dalam biah yang baik since dia dr form 1 sbb dia sek ag. pastu g DQ.

tadi dia bercerita pasal kat DQ ada byk jemaah bla2, pastu aku pun apa lagi ambil peluang utk cucuk lah pasal usrah.. berbahas punya berbahas aku pun dah kena g usrah.  rasa sedih sbb explainkan pasal tarbiyah dalam keadaan yang x best. jarak yang jauh.. dia pun byk ilmu and ada pegangan sendiri. cuma aku nasihat suruh dia cuba je sistem usrah nie dulu then br decide nk sendiri2 or nk masuk sistem usrah.  doakanlah yang terbaik utk adik aku nie.  moga dia jadi aset syurga ma n abah kitaorg.  moga allah buka hati utk kami keluar dr comfort zone. 

sbb scenario malaysia bila org beragama ni dia macam jumud sikit. tp inshallah adik aku x cmtu, cuma dia belum terbuka hati nk join sistem usrah.. walaupun biah baik tp potensi dia,  aku rasa boleh dikembangkan dlm usrah dgn lebih baik dr bersendirian. 

bila datang part adik beradik, tahun in menjadi dalam sejarah jugak bila aku kurg dah df dan muayashah dgn adik beradik aku.  yelah allah suh kita selamatkan keluaga kita dulu dr api neraka.  allahu .. berat rasanya nk tanggung beban nie.. aku kena mengorak langkah lagi.  dah lah nak balik for good dah nie. lagi byk peluang. sama ada aku mmpu dan nk buat ke tk nak..doakan yer ^_^

so berbalik pada kek tadi , x de lagi hasil penuh sbb x sempat buat. . doakan ok lah kek kita nie. dibuat dgn ingredient tambahan iaitu perencah kasih sayang special utk yg tersayang walaupun terbantut. 

nantikan wajah dia yang siap k..

wallahualam.

p/s: banyak cerita selingan... aku hnya budak yg masih belajar, kadang2 jatuh tersungkur, kekadang rebah terus.. tp aku tau aku kena bangkit sebab syurga lagi berharga dr dunia nie..


"ya allah nmpkkan lah di mata aku dunia ini kecil dan hina tp akhirat itu yg kekal  abadi dan tmpt rehat ku nnti"

usrah itu ttp nadi . so aku harap sesibuk mana pun aku, allah masih pilih nk p usrah.. byk kli rebel x nk g usrah tp allah masih memilih.. semoga allah redha ^__6 . jom tajdid niat





Friday, September 6, 2013

2013 p1

assalamualaikum wbt


berlalulah sudah ramadan dan syawal..

tahun 2013 byk meninggal kenangan dlm hidup aku.  walaupun tahun nie tk genap pun lagi 12 bulan, ia cukup memberi pelbagai memori indah dan pahit yg akan aku ingt sampai bila2.

kini aku bergelar pelajar perubatan tahun akhir di sebuah universiti perubatan di tengah kota moscow.  pejam celik pejam celik hampir 6 taun bumi soviet nie aku huni.  bumi yg sejuk dan beku hampir setiap masa, bumi yang tandus dgn kemesraan penduduknya, namun bumi ini jugalah yang menyuburkan rasa cinta dan kasih aku pada Allah, sahabat2 perjuangan dan keluarga nun jauh disana.

summer kali ni lebih bermakna buat diriku.  dapat spend time dgn keluarga.  rasa happy kalau dpt eratkan lagi hubungan kami adik beradik yg jarang2 jumpa.. aku mula nampak hikmah allah beri padaku.  aku mula belajar utk mengharga setiap yang berada disisiku.

setiap kali ada kenangan indah yg terjadi , ingin aku nukilkan di sini. ingin aku rakamkan memori indah ini menjadi satu diary yang aku boleh tatapi suatu saat nnti.  cukuplah gmbr berkata2 bagiku buat kali ini.  aku berdoa semoga tahun kali ini aku lebih bersemgat mencintai allah, mengeratkan hub dgn keluarga tercinta atas dasar iman dan tawqa, menjadi rijal yg lebih bertanggungjawab serta menjadikan blog ini sebaga diary ku.  wlaupun rasa tah pape tp layan jelah ek..

byk sgt memori nk dinukilkan smpai blur.  kalau ada kesempatan ingin aku ceritakannya nnti..