Monday, January 16, 2012

taman firdausi sokolniki

assalamualaikum w.b.t

tanggal 17/01/2012 oo.28 a.m

aktiviti mengemas barang2 bermula rancak sejak isyak lagi.. yup akhirnya aku dan kawan2 akan berpindah dr rumah yang paling lama kami duduki sejak berada dibumi salju nie. huhu agak sedih dan sebenarnya hati ini sedang menangis jugaklah ( jiwang dok?). tapi itulah susunan Allah pada kami. insyAllah 2 dr kami akan ker apartmen dan 3 lagi akan ke hostel.

dulu tanggal 5.09.201o kami mula2 masuk ke rumah ini. masa tu masih berlapan. boleh dikatakan ini adalah rumah pelajar perempuan tajaan mara. haha lawaknya mengenangkan mula2 masuk ker rumah ini. yelah aku dulu tak suka rumah nie tapi dah hampir setahun stgh aku dok umah ini.. rasa sayu dan syg pulak nak tinggalkan ia.

dirumah ini kami hidup bersama2 pernah bertekak, bersuka ria, bermuhasabah dan sebagainya. rindu, aku pasti rindu kenangan dimana kami pernah tinggal di bawah satu bumbung. yelah masak kat dpr sama2, solat jemaah sama2, main snow sesama, keluar skating di park sokolniki, mcm2 lah.

tapi tulah takdir Allah yang takde siapa dpt mengahalangnya. aku sgt2 berharap persahabatan kami takkan putus. yelah kalau dua dr mereka aku boleh jumpa time kelas sebab satu group. tapi seorg dr mereka ni aku satu usrah jer.. moga Allah melindungi mereka dan aku.

oops lupa, mcm mana kami boleh tinggal berlima dr lapan org. meh sini aku ceritakan, moga boleh jadi tatapan bila dah bergelar seorg muslim doktor nanti. hmm mengenang balik kawan aku si A nie dialah mula2 melangkah keluar dr rumah ini. waktu tu sgt sedih jugak tp sedar yang dia keluar atas tuntutan bukan suka-suki. sekarang dia tinggal di hostel tetap di bandarraya moscow.

maka kami tinggal bertujuh. dulu time siA ada kami makan berlima. Si b, C, D, si A ngan aku. tapi sekarang tinggal 4 org jer. E dan F memang suka masak sesama. Si G pulak masak sensorg dia sebb dia x leh cope dgn cara kami kot.


lepas tu si b meninggalkan kami sebab dia dah berkahwin. itu pun pada awal sem 7. waktu tu aku masak ngan si C jelah. si D nak masak sendiri dan yang lain masak meneruskan cara makan yang mereka jalani sebelum ini.

Lepas tu dipertengahan sem, si G pula keluar dr rumah ini. makanya tinggal lah aku, si D, E,F dan Si C. makin sedikit org dalam rumah but still enjoy sebab yang tinggal kami memmg dah duduk lama dah masak perangai masing2. rumah lagi jadi lebih bersih dan teratur. moga ada kadang2 aku bengang jugak bila rumah tak teratur. aser nk marah jer.

tapi bila ngadu kt mak aku selalu mama ckp Allah dah anugerahkan aku kawan yang terbaik utk tutup lubang kelemahan aku. dan sekarang aku sedar kata2 mama memang benar. yup bila kita mula nak kehilangan br kita sedar betapa mereka make up kitanya hidup.

yelah sebab aku pun kena sedarlah aku pun ada tabiat yg susah nak diubah samalah ngan org lain.

aku berharap dan berdoa sgt kat Allah agar hub yang telah dibina selama hampir 4 tahun nie terus mekar bahkan berbunga, harum wangi walaupun kami dah dok jauh. moga Allah terus semaikan benih2 cinta antara kami. huhu syahdunya..

aku syg hampa semua...

2 comments:

  1. Salam wbt ukhti... tetiba terasa sayu juga baca entri awk ni.. :)

    take care, semoga Allah kurniakan tempat yg terbaik utk awk.. iA apa2 yg berlaku pasti ada hikmahnya kan.. ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam w.b.t jazakillah juga walaupun tak megenali siapa anda, mohon doanya utk kami terus bersatu.

      Amin utk doanya. Moga allah menjaga awk jugak dimana awk berada

      Delete