Tuesday, June 19, 2012

andai dapat aku hentikan waktu ini

Allah hu, Allah hu, Allah hu ,

bab kata kak iman, sekiranya boleh nak mintak kat Allah suruh berhentikan waktu, maka inilah waktunya.  waktu apakah itu? sebenarnya tahun nie byk sgt akk2 yang mengenalkan kami pada jalan ini akan pulang berbakti kepada negara tercinta.  ya! kalau boleh kami nak menghentikan waktu ini, saat ini agar mereka tetap bersama kami, mengharungi segala perih jerih, cabaran dan menjadi tmpt kami mengadu, berbincang dan bermuhasabah dalam jalan ini.

namun hakikatnya, kami tak mampu nak suruh Allah berhentikan waktu ini.  ia terus berputar dan berputar dan seorg demi seorg kakak2 meninggalkan kami dengan seribu mcm pesanan agar kami dan mereka tetap tsabat di jalan ini.

sjak dua menjak ni, empangan air mata mudah sekali bocor, menyebabkan kekotoran dimuka hilang dek kandungan nyer yang boleh membersihkan kuman.  sedih mmg sedih.  bahkan terngiang 2 di ingatan kami pertama kali kita bersua, saat makan bersama, saat solat jemaah sama2.  dah aku tau, dia pun tau, bende tu takkan berulang ditempat yang sama dalam keadaan yang sama.

tp aku yakin dan pasti sekiranya kita semua teguh dgn janji pada ilahi, ukhwah ini dpt kita sambungkan, suasana itu dpt kita rasai kembali di syurga nan indah.  pernah bercurhat dgn seorg sis yang dekat di hati, kami nak sgt masuk syurga n kat syurga tu nak minta ngan Allah boleh tak kami nak satu rumah namanya furqan dan ahlinya sebagaimana ahlinya didunia kelak.. boleh solat jemaah sama, makan dulang sama2 , tidur sama2, beriadah sama2.

so sgt2 berharap kita semua mendoakan agar syurga menjadi destinasi terakhir kita.  semoga jarak ini tidak memisahkan kita walaupun mungkin seiring masa berlalu, fokus dan tanggungjawb kita semakin membesar.  namun jadikanlah doa rabitah sebagai pengikat hati, dan doa sbg bukti rindu, semoga kita bersua di syurga...

Ya Allah Aku bersyukur kepadaMu, dikesempatan ini Kau mengenalkan aku dgn mereka, yang membawa aku mengenali diriMu.  Ya Allah tsabatkan lah kami di jalan ini, di jalan mngenal dan menyeru manusia mengenalMu.  Ya Allah perhebatkanlah cnta kami kepadaMu agar dgn cinta ini, kami mendapat cinta org2 yang mencintaiMu.  Suburkan hati kami agar jalan juang ini ya Allah.  temukanlah kami semua di syurgamu kelak.. jgn ada yg tercicir walau seorg pun dr kami.  pelihara diri kami dari kemurkaanMu yaAllah, limpahkan kami rahmatMu ya Allah, semoga dgn rahmat ini membawa kami ke syurgaMU.  amin ya rab..

p/s : tgh berdebar sambil menunggu gate bukak.  semoga kepulangan kali ini ada ertinya.. doakan sy :)