Sunday, May 13, 2012

an nakbah-memperingati malapetaka palestin

assalamualaikum w.b.t

ya Allah ya fatah...

alhamdulillah3x, aku br jer balik dr embassy.  yup hari nie AZAM russia moscow chapter telah menganjurkan hari memperingati an nakbah bertempat di kedutaan besar Malaysia di Jalan Mosfilm.

korg semua tau tak apa tu an nakbah.. dulu aku before tk join tarbiyah mmg tk pernah dgr nama nakbah nie.. pastu slow2 aku mula mnegenali apa itu nakbah dan peristiwa2 disebalik, sekitar, dalam dan luar mengapa boleh wujudkan hari an nakbah nie.

mari aku cerita sikit, maklumlah apa yg kita dapat kita kena kongsikan kot! Bab kata junjungan besar kita Nabi Muhammad s.w.t sampaikan walau satu ayat.  an nakbah nie merupakan hari memperingati malapetaka yang menimpa umat islam seluruhnya bilamana tanah kita iaitu palestin telah dirampas oleh zionis.  pada tanggal 15 mei 1948 perdana menteri pertama israel, david telah menurukan bendera union jack dan menaikkan bendera israel.  maka secara rasminya negara haram israel telah dibina oleh zionis laknatullah

selama 64 tahun negara haram ini berdiri di bumi palestin bumi yang Allah berkati sebagaiman ternyatanya dalam al quran surah isra ayat pertama.  betapa berharganya tanah ini buat kita umat islam kerana terdapatnya masjidil aqsa didalamnya yang merupakan qiblat pertama umat islam sebelum kaabah di tanah haram mekah al mukarammah.  ketika ini palestin yang hanya tinggal beberapa kerat saja lagi manakala hampir keseluruh tanah palestin yang asal telah dijajah oleh zionis

betapa jahatnya zionis nie mereka telah menjadikan tanah paestin sebagai penjara terbesar di dunia.  kerakusan mereka mengambil darah2 dan air mata rakyat palestin dengan cara yang keji dan pengecut telah mennaikan isu kemanusia kepada segelintir masyarakat dunia sama ada menganuti islam atau tidak.  malulah kita sekiranya kita tidak berada dalam kelompok org yang mengecam penjajahan ini sedangkan rachel corrie sanggup dilanggar bulldozer semata2 ingin mempertahankan bumi palestin walaupun dia bukanlah seorg islam.  malulah kita sekiranya kita turut menyumbang dalam membelikan peluru2 yang menenbusi saudara2 kita di sana dengan membeli barang-barangan hasil produk yahudi.

sedarlah wahai diri, kawan dan teman, akan isu palestin ini bukan satu isu kemanusian semata2 bahkan lebih daripada itu.  ialahisu aqidah dan keimanan kita pada Allah yang Maha esa.  sungguh kehadiran ku ke kedutaan ari nie insyAllah adalah satu jihad utk lebih mengenali dan menanamkan cinta dihati ini akan tanah itu.  ia milik kita dan selamanya milik kita..

dan yang excited sgt tadi sbb masuk quiz yang tak semena-menanya kena jad bidang terjun.  walaupun tidak menjadi juara tapi aser eruja sgt and lebih buat diri sedar ilmu ttg palestin masih lagi kurang.  tp takpe insyAllah usaha kita yang sedikit ni kita doakan Allah mengiranya.  huhu actually nak cerita pengalaman hari nie.

tadi aku bersikap agak kebudakan sebab masa runnging man takleh main coz tak cukup tag nama,  huhu dah lama tak main sbb Allahbagi aku posisi lain.  so aser down sgt.  aku pun tak faham sgt kenapa aku macam layan jer perasaan hati yang keciwa.  serious macam budak kecik.

tapi allah takdirkan org yang sepatutnya mewakili group campuran apartment n hostel non permanent tak dtg so diorg suh aku ganti.  memula cam cuak gila sbb huhu sedar jer x tau sgt pasal palestin.. tp ALlah tahu jer aku akan down n dia selalu cheer aku balik.  dgn menjadi peserta kuiz.  teringat zaman mrsm lowe form mewakili zon hulu perak ke negeri utk kuiz sejarah.  haha pengalamn yang sgt best...

huhu bila kita pikir setiap hari n setiap saat Allah sediakan sesuatu utk kita.  kita pasti akan sgt teruja utk hadapi hari2 dalam hidup kita.  sbb tuhan tidak pernah melupakan janji nya.. ( surah qasas ckp bende nie).
and apa yg best arini jugak adalah first time Azam wak flash mob yang sgt menyentuh hati.  moga2 hati yang dah disentuh Allah tadi akan sentiasa tersentuh dgn isu ummah ini.

Alluhakhbar3x.  walililham ^__^

No comments:

Post a Comment