Wednesday, December 12, 2012

good advices for me n maybe for u too :)

bismilahirahmanirrahim

lama dah sebenarnya nak menulis... aku br je masuk cycle br which is cycle infectious, epi n PSM.  cycle lepas menyaksikan pelbagai emosi yang bergejolak, bergelojak ( yg mana betul entah) dalam sanubari aku.  yup iman turun dan naik.  tapi almost all the time iman tu turun ah..

masa berlalu pantas arini dah 12.12.12. konon2 nya tarikh keramat utk org yang nak bina mahligai n nak runtuhkan mahligai juga ( sbb td ada tertgk tajuk berita berapa ramai org cerai 12.12.12).

banyak je bende masa bulan nov tu aku nak kongsikan especially pasal bende2 psychiatry tp hold dulu lah.. ada bende lebih mengexcitedkan aku nie.. huhu

td one of my best friend ever (dunia wal akhirat) share satu video nouman pasal  working together.  sangat cool . korg leh access kat link nie http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=W-C81CwEYwo#!

point2 yang aku rasa amat menarik yang sempat otak aku yang agak semput skrg nie tangkap ialah:

1. actually spreading the words of Allah ( atau senang cerita dakwah) is a part of islam and it is proved by surah asr where we need to berpesan2 kepada al haq dan kesabaran.. nouman said it must involve people,  sebab kalau tak nk pesan kat sapa dinding?

2. if we meet a group of people who claimed that they practicing islam but their way of practicing islam are different from us, it is doesn't mean they are wrong.  we need to respect them because they also do good things.

3.  the golden rule in working together is 5:2 .   Allah said we need to seriously help each other in doing any good thing and then we need to remind ourselves about taqwa. and when we do bad things, don do it in a group.

4.  we are not loyal to work of organization buat we are loyal to word of Allah

5.  what we do to others actually will benefit us too, if others are benefited from it so it must be from Allah

6.  what should motive us to do all these work, it must be Allah

sorry for my broken english.. tp nak tulis gak dlm english sebab talk ni in english.

hope Allah will give me strength n passionate to do what i do right now.. save me and my family from the hellfire..

Saturday, November 17, 2012

*_&

november sudahhhh

bismilahirahmaniraahim...

lately aku suka jer post bende kat fb.. br perasan rasa nak menulis tu datang lagi.  yer blog nie dah lama aku tinggalkan.  mungkin baru menerima pengisian Al Qalam menarik kembali jari jemari aku utk menari atas keyboard nie.  '

aku selesa begini, guna ayat sempoi, kadang berbahas-basi walau aku tau hakikatnya habis punah ranah bahasa yang ada sebab main guna jer.  

Dan ya, minggu nie juga menyaksikan fasa iman aku yang naik dan turun ( lebih byk turun dr naik), palestin diserang secara besar besaran oleh zionis laknatullah ( mari kita panjatkan doa , semoga Allah kuatkan mereka dan kita utk hadapi bende nie) , mulutku berkeluh kesah

dan ya minggu ini jugak, keserabutan dalam  pelajaran dtg kembali.   Konflik pembelajaran di bumi soviet yang sentiasa tidak memberikan hak sepatutnya kepada kami, kembali menyerang otak pemikiranku.. rasa hampa dengan diri, rasa kecewa dengan sistem universiti kami yang gilakan duit semata.  

study, dakwah, tarbiyah.. ingin saja aku lumatkan  kalian dalam blender, biar bercampur sebati supaya aku tak keliru yang mana perlu diutamakan kerana kedua2 penting buatku

ya, aku telah memilih tk lama dahulu utk berjalan di atas jalan para nabi.. aku lihat disekeliling ku , ada yang sudah melaju, ada yang sudah berhenti berehat seketika di R & R,  ada yang sudah mengsetkan ini saja limitku, batasku dalam jalan ini.. AKU pula masih terus berjalan  namun disudut tepi memerhati utk memilih mana yang hendak aku ikuti..

dan aku mahu biar masa ya menetukannya.. sedangkan terlalu byk nikmat Allah padaku yang tidak Allah berikan pada org lain.. kata seorg ukhti semua benda yang kita rasa best ke tak best ker tips nya  bersyukur..

merapu2 di ptg hari kala
 furqan sunyi sepi
ku menanti kehadran mereka
yang bw senari mentari
&
yang pelik lagi uniq : nur *_&&

Tuesday, June 19, 2012

andai dapat aku hentikan waktu ini

Allah hu, Allah hu, Allah hu ,

bab kata kak iman, sekiranya boleh nak mintak kat Allah suruh berhentikan waktu, maka inilah waktunya.  waktu apakah itu? sebenarnya tahun nie byk sgt akk2 yang mengenalkan kami pada jalan ini akan pulang berbakti kepada negara tercinta.  ya! kalau boleh kami nak menghentikan waktu ini, saat ini agar mereka tetap bersama kami, mengharungi segala perih jerih, cabaran dan menjadi tmpt kami mengadu, berbincang dan bermuhasabah dalam jalan ini.

namun hakikatnya, kami tak mampu nak suruh Allah berhentikan waktu ini.  ia terus berputar dan berputar dan seorg demi seorg kakak2 meninggalkan kami dengan seribu mcm pesanan agar kami dan mereka tetap tsabat di jalan ini.

sjak dua menjak ni, empangan air mata mudah sekali bocor, menyebabkan kekotoran dimuka hilang dek kandungan nyer yang boleh membersihkan kuman.  sedih mmg sedih.  bahkan terngiang 2 di ingatan kami pertama kali kita bersua, saat makan bersama, saat solat jemaah sama2.  dah aku tau, dia pun tau, bende tu takkan berulang ditempat yang sama dalam keadaan yang sama.

tp aku yakin dan pasti sekiranya kita semua teguh dgn janji pada ilahi, ukhwah ini dpt kita sambungkan, suasana itu dpt kita rasai kembali di syurga nan indah.  pernah bercurhat dgn seorg sis yang dekat di hati, kami nak sgt masuk syurga n kat syurga tu nak minta ngan Allah boleh tak kami nak satu rumah namanya furqan dan ahlinya sebagaimana ahlinya didunia kelak.. boleh solat jemaah sama, makan dulang sama2 , tidur sama2, beriadah sama2.

so sgt2 berharap kita semua mendoakan agar syurga menjadi destinasi terakhir kita.  semoga jarak ini tidak memisahkan kita walaupun mungkin seiring masa berlalu, fokus dan tanggungjawb kita semakin membesar.  namun jadikanlah doa rabitah sebagai pengikat hati, dan doa sbg bukti rindu, semoga kita bersua di syurga...

Ya Allah Aku bersyukur kepadaMu, dikesempatan ini Kau mengenalkan aku dgn mereka, yang membawa aku mengenali diriMu.  Ya Allah tsabatkan lah kami di jalan ini, di jalan mngenal dan menyeru manusia mengenalMu.  Ya Allah perhebatkanlah cnta kami kepadaMu agar dgn cinta ini, kami mendapat cinta org2 yang mencintaiMu.  Suburkan hati kami agar jalan juang ini ya Allah.  temukanlah kami semua di syurgamu kelak.. jgn ada yg tercicir walau seorg pun dr kami.  pelihara diri kami dari kemurkaanMu yaAllah, limpahkan kami rahmatMu ya Allah, semoga dgn rahmat ini membawa kami ke syurgaMU.  amin ya rab..

p/s : tgh berdebar sambil menunggu gate bukak.  semoga kepulangan kali ini ada ertinya.. doakan sy :)

Saturday, May 26, 2012

AKU CINTA KALIAN

subhanallah, alhamdulilah, allahuakhbar!!

ingin aku jeritkan pada dunia yang aku ni dikelilingi ngan akhwats yg sgt best, superb best.. huuhuhu.. rasa nak nangis pun ada, mengenangkan yang kita akan berpisah suatu hari nanti.. tp itulah kenyataan( moga di syurga Allah kita ketemu lagi, makan dulang sma2, tidur smaa2, berdaurah sma2, jaulah sama2).  dan satu kenyataan yang lagi macho adalah mereka adalah kurniaan Allah yg tak ternilai pada aku di sepanjang jalan ini.

yup aku cinta dan kasih pada mereka.  dgrlah wahai sisters ku diluar sana, hati kecil ini menjerit, AKU CINTA DAN KASIH KALIAN KERANA ALLAH..

sungguh bumi moscow yang silih berganti suhunya kejap sejuk kejap panas ini, telah menemukan aku dgn sosok manusia yang supersaya.  semuanya aku temui di atas jalan yang panjang ditaburi duri dan banyak kena fikir nie.  walaupun setiap dr sister tu sgt2 berbeza.  ada yang kerjanya mengusik org jer, ada kerjanya membebel jer, ada kerjanya menceriakan org saat kusut memikirkan stratergi2 (bunyi cm ape tah), ada yang idea dia subhanllah hebatnyer, ada yg pandai sgt melukis time usrah tu dok lukis atas kulit pisang lah, ada yang senyum jer kerja dia, ada yang kusut jer semua barang dia asyik hilang jer..

tapi setiap dr mereka bw something dalam hidup aku.. bila dikenang2 saat indah kita bersama aku boleh tersenyum sorg2 dan org blh kata gila aper?.  tp aku akan katakan kau tk alami apa yg aku alami.  kami ibarat satu gambar puzzle dan setiap kami adalah kepingan puzzle yang melengkapi each other.  selalunya satu gambar puzzle akan ada satu main picture.  contohnya gambar rumah.  so dekat sekeliling rumah tu ada lah rumput, tanah sikit kan.  tp setiap kepingan puzzle tu tetap penting even ia hanya lah kepingan puzzle yang mengandungi rumput dan tanah.  sebab tanpa puzzle kat tepi tu gambar puzzle takkan lengakap jugak.  so kita semua actually top up each other.  bestkan konsep tu.

yup kita berganding bahu utk menegakkan kalimah Allah nie ( berat walaupun sempoi bunyinyer).  kita berganding bahu membina umat , membawa mereka dr penyembahan entah pape kepada penyembahan tuhan yang esa.  tnpa jalan ini pasti aku tkkan kenal mereka.

ya dulu aku selalu sgt rasa x best sbb rasa macam join awal sgt tarbiyah nie.  tp alhamdulilah sekrang rasa menghargainya n harp sgt Allah pilih aku utk mendiami syurgaNya yang superb best.  teringat time usrah aritu tu kitaorg buat tafsir mutaffin.  dalam mutaffin ckp ahli2 syurga akan duduk atas dipan2 dan melepaskan pandangan.  kata kak usrahku ibarat dalam kereta bila ayah kita kata " pandang kat luar tu ada biri2" mesti kita kena berusaha angkat sikit badan kita and jenggukan kepala kita utk tgk biri2 tu ( boleh bayang tak?) tapi ahli syurga nie tak yah pun nak bangkit dr zon selesa tu utk tgk bende2 best.  mereka dpt tgk dr dipan2 tu jer tp perlu usaha.  sbb utk masuk syurga tu pun mereka dah bayar nilai yg mahal..

betskan!! memikirkan syurga selalu buat aku rasa hepi.  walaupun hakikatnya sekarang ada jer iman turun naik.  kejap rasa semangat , kejap asa malas.. tapi itulah kita manusia tak pernah sempurna sbb tu kita perlukan DIA.

so dikesempatan ini aku nak ckp jazakillah hu khairan khatira kepada sister2 yang sentiasa bg support, ceriakan, terima dan sentiasa doakan diri yang hina ini.  semoga Allah meneguhkan ukhwah kita dan disyurga lah temu janji kita seterusnya.  walaupun ada yang bakal balik utk bfg, ada yg bakal melangsungkan walimah, ada yg dah pindah, tapi kalian semua tetap di hati dan insyAllah diusahakan dlm doa aku.

hanya Allah tmpt pergantungan kita semua ^__^

Sunday, May 13, 2012

an nakbah-memperingati malapetaka palestin

assalamualaikum w.b.t

ya Allah ya fatah...

alhamdulillah3x, aku br jer balik dr embassy.  yup hari nie AZAM russia moscow chapter telah menganjurkan hari memperingati an nakbah bertempat di kedutaan besar Malaysia di Jalan Mosfilm.

korg semua tau tak apa tu an nakbah.. dulu aku before tk join tarbiyah mmg tk pernah dgr nama nakbah nie.. pastu slow2 aku mula mnegenali apa itu nakbah dan peristiwa2 disebalik, sekitar, dalam dan luar mengapa boleh wujudkan hari an nakbah nie.

mari aku cerita sikit, maklumlah apa yg kita dapat kita kena kongsikan kot! Bab kata junjungan besar kita Nabi Muhammad s.w.t sampaikan walau satu ayat.  an nakbah nie merupakan hari memperingati malapetaka yang menimpa umat islam seluruhnya bilamana tanah kita iaitu palestin telah dirampas oleh zionis.  pada tanggal 15 mei 1948 perdana menteri pertama israel, david telah menurukan bendera union jack dan menaikkan bendera israel.  maka secara rasminya negara haram israel telah dibina oleh zionis laknatullah

selama 64 tahun negara haram ini berdiri di bumi palestin bumi yang Allah berkati sebagaiman ternyatanya dalam al quran surah isra ayat pertama.  betapa berharganya tanah ini buat kita umat islam kerana terdapatnya masjidil aqsa didalamnya yang merupakan qiblat pertama umat islam sebelum kaabah di tanah haram mekah al mukarammah.  ketika ini palestin yang hanya tinggal beberapa kerat saja lagi manakala hampir keseluruh tanah palestin yang asal telah dijajah oleh zionis

betapa jahatnya zionis nie mereka telah menjadikan tanah paestin sebagai penjara terbesar di dunia.  kerakusan mereka mengambil darah2 dan air mata rakyat palestin dengan cara yang keji dan pengecut telah mennaikan isu kemanusia kepada segelintir masyarakat dunia sama ada menganuti islam atau tidak.  malulah kita sekiranya kita tidak berada dalam kelompok org yang mengecam penjajahan ini sedangkan rachel corrie sanggup dilanggar bulldozer semata2 ingin mempertahankan bumi palestin walaupun dia bukanlah seorg islam.  malulah kita sekiranya kita turut menyumbang dalam membelikan peluru2 yang menenbusi saudara2 kita di sana dengan membeli barang-barangan hasil produk yahudi.

sedarlah wahai diri, kawan dan teman, akan isu palestin ini bukan satu isu kemanusian semata2 bahkan lebih daripada itu.  ialahisu aqidah dan keimanan kita pada Allah yang Maha esa.  sungguh kehadiran ku ke kedutaan ari nie insyAllah adalah satu jihad utk lebih mengenali dan menanamkan cinta dihati ini akan tanah itu.  ia milik kita dan selamanya milik kita..

dan yang excited sgt tadi sbb masuk quiz yang tak semena-menanya kena jad bidang terjun.  walaupun tidak menjadi juara tapi aser eruja sgt and lebih buat diri sedar ilmu ttg palestin masih lagi kurang.  tp takpe insyAllah usaha kita yang sedikit ni kita doakan Allah mengiranya.  huhu actually nak cerita pengalaman hari nie.

tadi aku bersikap agak kebudakan sebab masa runnging man takleh main coz tak cukup tag nama,  huhu dah lama tak main sbb Allahbagi aku posisi lain.  so aser down sgt.  aku pun tak faham sgt kenapa aku macam layan jer perasaan hati yang keciwa.  serious macam budak kecik.

tapi allah takdirkan org yang sepatutnya mewakili group campuran apartment n hostel non permanent tak dtg so diorg suh aku ganti.  memula cam cuak gila sbb huhu sedar jer x tau sgt pasal palestin.. tp ALlah tahu jer aku akan down n dia selalu cheer aku balik.  dgn menjadi peserta kuiz.  teringat zaman mrsm lowe form mewakili zon hulu perak ke negeri utk kuiz sejarah.  haha pengalamn yang sgt best...

huhu bila kita pikir setiap hari n setiap saat Allah sediakan sesuatu utk kita.  kita pasti akan sgt teruja utk hadapi hari2 dalam hidup kita.  sbb tuhan tidak pernah melupakan janji nya.. ( surah qasas ckp bende nie).
and apa yg best arini jugak adalah first time Azam wak flash mob yang sgt menyentuh hati.  moga2 hati yang dah disentuh Allah tadi akan sentiasa tersentuh dgn isu ummah ini.

Alluhakhbar3x.  walililham ^__^