Friday, April 10, 2009

letih, malas boleh ker

dengan nama Allah yang MAha Pemurah lagi Maha PEngasihani

malam makin melabuhkan tirainyer dan sekarang dah approximately kul 12.50 malam ... kalau waktu kat malaysia lak lebih kurang 4.52 pagi kot.. mesti dah ramai hamba2 Allah yang rindukan suasana beribadat padaNya bangun utk menjadi hamba yang bersyukur..utk buat salah satu dr tugas mereka yang Creator mereka dah tetapkan iaitu beribadat kepadaNya..

"Aku tidak menciptakan manusia dan jin melainkan agar mereka beribadat kepadaKu"

51:56

minggu2 yang bakal kita lalui memang makin lama makin mencabar.... exam makin bertambah.. tetambah lagi next week ader exam histo ngan fizik.. adoi rasa nak pecah kepaa nie fikir pasal exam..

exam ni kekadang menyebabkan kita rasa takut nak spend masa buat bende yang tak berkaitan dengan nyer.. Ya Allah teruknyer kiter nie.. rasa malas nak ckp hal 2 deen ini.. nak p dengar tazkirah ker nak bc blog org ker.. adoi aper nak jadi dengan kiter. tp takkala diri yang hina nie dok belek2 manual yg Pencipta kita kasi kita terjumpa ayat nie

" Sesungguhnya orang2 yang bersedekah baik lelaki atau perempuan dan meminjamkan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan ( balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia"

57:18
cepat2 kita istghifar dalam hati nie.. Allah dah ckp sesiap bahawa kalau kita beri pinjaman masa, harta, dan apa sajer yang kita ader di jalan nyer kita akan dapat balasan pahala yang mulia yang insyAllah mampu membawa kita ke syurga yang hakiki.. huhu nak masuk syurga bukan senag cik adik oi.. sebab aper sbb syurga tu mahal.. indah .. nyaman ... so kalau nak sesuatu yang mahal dan indah kenalah kita usaha lebih sikit..

macam kita hidup kat dunia nie kalau kita nak sesuatu yang berharga contoh nak beli rumah kita kena kumpul duit kerja kuat sikit .. macamtulah dengan syurga tu jugak.. so kita harap sesangat kita akan lapangkan dada kita utk pg jer taman2 ilmu dan spend masa dengan selain buku MH ROSS ( buku text histo).. sebab kita nak usaha jaga pandangan Allah bukan pandangan manusia..

lagipun semua nyer Allah dah atur.. semoga dier memberi yang terbaik pada kita..

No comments:

Post a Comment