Thursday, May 16, 2013

MAAF

salam w.b.t

dalm hidup ni kita tak pernah mampu mengatasi apa yang allah rancang pada kita. kita kadang2 blur apa yg allah rancang uk diri kita sebenarnya.  adakah Allah mmg nak kebaikan utk aku dengan mengisi hidup aku dgn ujian sebegini.

tapi Allah bg kita pilihan dlm hidup.  dan dalam membuat pilihan kita jadi keliru. yg mana yg terbaik.  gusar berminggu2 utk memilih yang mana yg terbaik dan akhirnya pilihan telah dibuat tp masih tetap menggusarkan hati.

lalu aku mengerti kegusaran itu timbul atas sebab aku lupa tawakal pada Allah.  ye TAWAKAL, nampak simple namun cukup power. cukup dgn tawakal yg tinggi pada Allah selepas kita dah  berusaha, kita takkan takut lagi akan ujian yg mendatang.  sbb kita tau Allah pasti beri kita yang terbaik.

sungguh beruntung org mukmin sebagaimna dalam hadits nabi:


“Ajaibnya orang mukmin,” sabda Rasulullah SAW, “bila diberi nikmat dia bersyukur, bila ditimpa musibah dia bersabar.” 


alangkah indahnya hidup ini jika aku adalah seperti yang dalam hadits nabi nie. maaf kiranya aku dah byk menyakiti banyak hati di luar sana.  bila satu jasad manusia tiada sabar di dalam nya jadilah ia, manusia yang mudah berbuat silap.  

baru aku faham kenapa selalu kalau g kedai or memanalah time nak bayar atau nk setelkan urusan mesti mengambil masa yg lama.  kalau kt kedai, mak cik depan aku selalu lambat, cerewet dok kira duit syiling lah, ambik brg takde tag harga lah, yang melambtkan aku nk bayar .  tp aku sedar semua tu aturan allah utk aku belajar erti sabar. allah akan uji kita dititik lemah kita.  dan smpai ke arini sabar sgt2 menjadi titik lemah aku.  

tapi sabar ni power. sygnya elemen ni masih kurg dalam diri aku.  tapi aku akan cuba utk top up elemen nie. tak mau dah pisang berbuah berjuta2 kali.

ye pengalaman kali nie jauh berbeza dr  lain. aku makin sedar diri ni mudah marah, dan bila marah menguasai kita keputusan diambil menjadi kilam kabut.  tp inshallah ini yg terbaik, moga allah ubati hati2 yg sedih dek sikap ini,  dan allah ubati hati ni yang byk karat2 jahiliyah lagi.  dan aku ingin kamu tau yg sedih itu bukan kamu tpi aku juga merasai kesedihan itu dek sikap ku ini. 


jzkk ma for always be there for me, my siblings, my bff till syurga mommy monster ( x tau awk akan bc post ni ke idak ), my akhwatifillah, my murrabi.  aku nk jadi org yg tawakal pd Dia, serahkan urusan pada Dia, kejar cinta Dia, dan nk jumpa Dia. maafkan aku kerana being indecisive. its painful but allah know the best for me :)

please guide me to ur jannah... al


Tuesday, March 12, 2013

resepi special

salam w.b.t

hari ni aku nak kongsi resepi yang jarang2 org kongsikan.. aku copy je dr buku JOM edisi cupcake..

RESEPI DAKWAH KREATIF

bahan2

  1. 240 g DAYA USAHA
  2. 160 g CAMPURAN AKHLAK MULIA
  3. 100 g KESABARAN
  4. 150 g IMAGINASI
  5. 60  g IDEA BARU
  6. SECUBIT SENYUMAN SECUKUP RASA
cara-cara membuatnya:

PUKUL IDEA BARU HINGGA KEMBANG DAN KENTAL, MASUKKAN USAHA, DAN KESABARAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT. TAMBAHKAN IMAGINASI DAN GAUL SEHINGGA SEBATI.  BUNGKUS ADUNAN TADI DENGAN AKHLAK MULIA DAN HIASKANNYA DENGAN SENYUMAN YANG MENAWAN.

bila mula2 tgk resepi ni dalam majalah JOM tu aku taulah kenapa setiap kali aku sediakan resepi ni gagal. x sedap, menghampakan, mengdownkan sbb tak cukup bahan2nya..

sebab manusia tu unik and memerlukan kepada sentuhan yang berbeza makanya didatangkan lah resepi dakwah kreatif.  

yelah bila kita memasak, setgh org tu pantang kurg rasa sikit, akan ungkit2 bende yg dia lupa letak utk mencukupkan rasa masak tu tadi berhari2.  maklumlah x seronok  nak bagi org rasa masakan yg kurg rasa.  

samalah cm dakwah tu seconfirm2 nyer nk berjaya dalam membuatnya kena cukup bahan.  maybe kesabaran, idea, usaha tu tkleh nk dikira pakai gram tapi analoginya kena ada semua aspek tersebut.  n aku rasa actually resepi ni kurg enak sebab bahan plg penting tertinggal which is IMAN..

so fahamlah aku skrg yg bahan2 aku masih x cukup.. semoga allah beri kekuatan utk terus jd chef yg boleh merubah bende mentah jadi masakan enak ( ibarat daie mengubah mangsa keadaan kepada muslim sejati)... 

  

Wednesday, December 12, 2012

good advices for me n maybe for u too :)

bismilahirahmanirrahim

lama dah sebenarnya nak menulis... aku br je masuk cycle br which is cycle infectious, epi n PSM.  cycle lepas menyaksikan pelbagai emosi yang bergejolak, bergelojak ( yg mana betul entah) dalam sanubari aku.  yup iman turun dan naik.  tapi almost all the time iman tu turun ah..

masa berlalu pantas arini dah 12.12.12. konon2 nya tarikh keramat utk org yang nak bina mahligai n nak runtuhkan mahligai juga ( sbb td ada tertgk tajuk berita berapa ramai org cerai 12.12.12).

banyak je bende masa bulan nov tu aku nak kongsikan especially pasal bende2 psychiatry tp hold dulu lah.. ada bende lebih mengexcitedkan aku nie.. huhu

td one of my best friend ever (dunia wal akhirat) share satu video nouman pasal  working together.  sangat cool . korg leh access kat link nie http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=W-C81CwEYwo#!

point2 yang aku rasa amat menarik yang sempat otak aku yang agak semput skrg nie tangkap ialah:

1. actually spreading the words of Allah ( atau senang cerita dakwah) is a part of islam and it is proved by surah asr where we need to berpesan2 kepada al haq dan kesabaran.. nouman said it must involve people,  sebab kalau tak nk pesan kat sapa dinding?

2. if we meet a group of people who claimed that they practicing islam but their way of practicing islam are different from us, it is doesn't mean they are wrong.  we need to respect them because they also do good things.

3.  the golden rule in working together is 5:2 .   Allah said we need to seriously help each other in doing any good thing and then we need to remind ourselves about taqwa. and when we do bad things, don do it in a group.

4.  we are not loyal to work of organization buat we are loyal to word of Allah

5.  what we do to others actually will benefit us too, if others are benefited from it so it must be from Allah

6.  what should motive us to do all these work, it must be Allah

sorry for my broken english.. tp nak tulis gak dlm english sebab talk ni in english.

hope Allah will give me strength n passionate to do what i do right now.. save me and my family from the hellfire..

Saturday, November 17, 2012

*_&

november sudahhhh

bismilahirahmaniraahim...

lately aku suka jer post bende kat fb.. br perasan rasa nak menulis tu datang lagi.  yer blog nie dah lama aku tinggalkan.  mungkin baru menerima pengisian Al Qalam menarik kembali jari jemari aku utk menari atas keyboard nie.  '

aku selesa begini, guna ayat sempoi, kadang berbahas-basi walau aku tau hakikatnya habis punah ranah bahasa yang ada sebab main guna jer.  

Dan ya, minggu nie juga menyaksikan fasa iman aku yang naik dan turun ( lebih byk turun dr naik), palestin diserang secara besar besaran oleh zionis laknatullah ( mari kita panjatkan doa , semoga Allah kuatkan mereka dan kita utk hadapi bende nie) , mulutku berkeluh kesah

dan ya minggu ini jugak, keserabutan dalam  pelajaran dtg kembali.   Konflik pembelajaran di bumi soviet yang sentiasa tidak memberikan hak sepatutnya kepada kami, kembali menyerang otak pemikiranku.. rasa hampa dengan diri, rasa kecewa dengan sistem universiti kami yang gilakan duit semata.  

study, dakwah, tarbiyah.. ingin saja aku lumatkan  kalian dalam blender, biar bercampur sebati supaya aku tak keliru yang mana perlu diutamakan kerana kedua2 penting buatku

ya, aku telah memilih tk lama dahulu utk berjalan di atas jalan para nabi.. aku lihat disekeliling ku , ada yang sudah melaju, ada yang sudah berhenti berehat seketika di R & R,  ada yang sudah mengsetkan ini saja limitku, batasku dalam jalan ini.. AKU pula masih terus berjalan  namun disudut tepi memerhati utk memilih mana yang hendak aku ikuti..

dan aku mahu biar masa ya menetukannya.. sedangkan terlalu byk nikmat Allah padaku yang tidak Allah berikan pada org lain.. kata seorg ukhti semua benda yang kita rasa best ke tak best ker tips nya  bersyukur..

merapu2 di ptg hari kala
 furqan sunyi sepi
ku menanti kehadran mereka
yang bw senari mentari
&
yang pelik lagi uniq : nur *_&&

Tuesday, June 19, 2012

andai dapat aku hentikan waktu ini

Allah hu, Allah hu, Allah hu ,

bab kata kak iman, sekiranya boleh nak mintak kat Allah suruh berhentikan waktu, maka inilah waktunya.  waktu apakah itu? sebenarnya tahun nie byk sgt akk2 yang mengenalkan kami pada jalan ini akan pulang berbakti kepada negara tercinta.  ya! kalau boleh kami nak menghentikan waktu ini, saat ini agar mereka tetap bersama kami, mengharungi segala perih jerih, cabaran dan menjadi tmpt kami mengadu, berbincang dan bermuhasabah dalam jalan ini.

namun hakikatnya, kami tak mampu nak suruh Allah berhentikan waktu ini.  ia terus berputar dan berputar dan seorg demi seorg kakak2 meninggalkan kami dengan seribu mcm pesanan agar kami dan mereka tetap tsabat di jalan ini.

sjak dua menjak ni, empangan air mata mudah sekali bocor, menyebabkan kekotoran dimuka hilang dek kandungan nyer yang boleh membersihkan kuman.  sedih mmg sedih.  bahkan terngiang 2 di ingatan kami pertama kali kita bersua, saat makan bersama, saat solat jemaah sama2.  dah aku tau, dia pun tau, bende tu takkan berulang ditempat yang sama dalam keadaan yang sama.

tp aku yakin dan pasti sekiranya kita semua teguh dgn janji pada ilahi, ukhwah ini dpt kita sambungkan, suasana itu dpt kita rasai kembali di syurga nan indah.  pernah bercurhat dgn seorg sis yang dekat di hati, kami nak sgt masuk syurga n kat syurga tu nak minta ngan Allah boleh tak kami nak satu rumah namanya furqan dan ahlinya sebagaimana ahlinya didunia kelak.. boleh solat jemaah sama, makan dulang sama2 , tidur sama2, beriadah sama2.

so sgt2 berharap kita semua mendoakan agar syurga menjadi destinasi terakhir kita.  semoga jarak ini tidak memisahkan kita walaupun mungkin seiring masa berlalu, fokus dan tanggungjawb kita semakin membesar.  namun jadikanlah doa rabitah sebagai pengikat hati, dan doa sbg bukti rindu, semoga kita bersua di syurga...

Ya Allah Aku bersyukur kepadaMu, dikesempatan ini Kau mengenalkan aku dgn mereka, yang membawa aku mengenali diriMu.  Ya Allah tsabatkan lah kami di jalan ini, di jalan mngenal dan menyeru manusia mengenalMu.  Ya Allah perhebatkanlah cnta kami kepadaMu agar dgn cinta ini, kami mendapat cinta org2 yang mencintaiMu.  Suburkan hati kami agar jalan juang ini ya Allah.  temukanlah kami semua di syurgamu kelak.. jgn ada yg tercicir walau seorg pun dr kami.  pelihara diri kami dari kemurkaanMu yaAllah, limpahkan kami rahmatMu ya Allah, semoga dgn rahmat ini membawa kami ke syurgaMU.  amin ya rab..

p/s : tgh berdebar sambil menunggu gate bukak.  semoga kepulangan kali ini ada ertinya.. doakan sy :)